Laman Utama
“Beras 50kg Untuk Dua Minggu Pun Tak Cukup” - Rebecca Nur Al Islam
Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam mendedahkan beras seberat 50 kilogram tidak mampu bertahan dalam jangka masa yang lama untuk keluarganya.
Menurut Rebecca, hal itu kerana dia memiliki keluarga yang besar dan mempunyai selera makan yang banyak.
“Sebenarnya memang tak boleh nak lari, agak besar juga. Anak -anak sahaja sembilan orang, campur kita suami isteri dah sebelas, campur pembantu lagi. Kalau cerita pun terkejut.
“Macam 50kg tu dua minggu pun tak sampai, pembantu pun ramai, ada tukang kebun dan sebagainya.
“Cara mereka makan juga agak banyak dan kita pun tak kisah,” jelasnya.
Rebecca berkongsi perkara itu dalam satu temu bual bersama portal resipi dan makanan terkini iaitu Rasa di TikTok baru baru ini.
undefined
Dalam pada itu ketika ditanya mengenai harga barangan terkini ini jawapan Rebecca:
“Mengenai harga barang… Kita ini rakyat biasa, rakyat jelata, nak bercakap macam mana pasal harga barang.
“Kita teruskanlah kehidupan dengan berusaha mencari rezeki bukan dengan satu kerjaya sahaja tetapi apa sahaja yang boleh mendatangkan duit dengan rezeki halal.
“Itu yang saya bekerja kuat, sekurang-kurangnya apa yang anak nak, saya nak, kita nak makan apa boleh dapat.
“Saya memang orang yang sangat kuat bekerja. Sekarang ni saya kerja sahaja, apa orang nak cakap biarlah tak nak lah layan, nak glamourkan orang buat apa.
“Jadi saya hanya akan sibuk kerja, beri fokus pada suami dan juga anak-anak, selepas itu hidup bahagia. Alhamdulillah,” ujarnya.
Terdahulu, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Nur Azman pada 14 Januari 2011.