Laman Utama
Berat Badan Berlebihan, Lanjut Usia, Merokok Antara Faktor Risiko Kanser Ovari
Sejak berita pemergian penyanyi dan pelakon Adibah Noor Sabtu lalu, ramai yang bercakap tentang punca kematiannya - kanser ovari. Namun, tahukah anda, siapakah yang berisiko terdedah pada penyakit berbahaya ini?
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh Doktor Khairul Hafidz di Twitter, terdapat 11 faktor yang menyumbang kepada individu untuk terdedah kepada kanser ovari. Jom semak!
Menua
Kanser jarang berlaku umur kurang 40 tahun. Kebanyakan kanser ovari berlaku setelah menopause dan separuh dari kanser ovari dijumpai pada wanita berumur 63 tahun dan ke atas.
Berat badan berlebihan dan obese
Obesiti (dengan BMI lebih 30) telah dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk mendapatkan kanser.
Mendapat anak lewat atau tidak pernah mengandung penuh (full term pregnancy)
Wanita yang mengandung penuh selepas umur 35 tahun atau tidak pernah mengandung penuh mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat kanser.
Mengambil terapi hormon setelah monopos
Wanita yang mengambil hormon terapi estrogen sahaja atau bersama hormon progesterone mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser.
Sejarah keluarga dengan kanser ovari, kanser payudara dan kanser kolon
Mereka yang mempunyai sejarah keluarga kanser-kanser ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser ovari.
Mempunyai sindrom kanser keluarga
25 peratus dari kanser ovari adalah dari sindrom ini. Antaranya adalah hereditary breast and ovarian cancer syndrome (HBOC), hederetary nonpolyposis colon cancer (HNPCC). Peutz-Jeghers syndrome dan MUTYH-associated polyposis.
Menggunakan rawatan kesuburan
Ada kajian yang mengaitkan rawatan kesuburan dengan IVF boleh menyebabkan kanser ovari. Jika anda ingin mengembil rawatan kesuburan, berbincang dahulu dengan doktor pakar yang merawat.
Pernah menghidap kanser payudara
Pesakit kanser payudara mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser ovari.
Merokok
Merokok tidaklah meningkatkan risiko kanser ovari secara keseluruhan, akan tetapi ia mempuyai kaitan dengan peningkatan risiko ketumbuhan jenis mucinous.
Dalam pada itu, Dr Khairul turut berkongsi mengenai faktor yang boleh mengurangkan risiko kanser ovari:
Mengandung dan menyusu
Wanita yang mengandung penuh sebelum umu 26 tahun mempunyai risiko yang lebih rendah. Menyusu boleh mengurangkan lebih lagi risiko kepada wanita.
Menggunakan pil kehamilan
Wanita yang menggunakan pil oral mempunyai risiko untuk mendapat kanser. Cara kawalan kehamilan lain seperti tubal ligation, dan penggunaan jangka masa pendek IUD mempunyai kaitan untuk mengurangkan risiko kanser.