Laman Utama

“Beratnya Hati Nak Tinggal Anak Pi Kerja” - Syatilla Sebak, Aksi Menangis Sam & Sarima Tarik Perhatian Netizen

Azwa Rahman
03/03/2021
04:04 MYT
Sponsor Banner
“Beratnya Hati Nak Tinggal Anak Pi Kerja” - Syatilla Sebak, Aksi Menangis Sam & Sarima Tarik Perhatian Netizen
Pelakon dan usahawan kosmetik Syatilla Melvin meluahkan rasa sebak apabila terpaksa meninggalkan anaknya di rumah atas urusan kerja.
Menerusi laman sosial Instagram, Syatilla atau lebih mesra disapa Tilla berkongsi sebuah video anaknya menangis di pangkuan suami aktor Shaheizy Sam kerana mahu mengikut ibunya.
“Ya Allah beratnya hati nak tinggal anak-anak pi kerja, Tuhan je tahu. Bila menangis nak ikut tu, rasa macam takmau pi kerja.
“Tapi kalau tak pi kerja, macam mana nak beli toys anak ye dak? Susu dua orang budak ni beribu ringgit sebulan, tak masuk pampers lagi.
“Kadang bila anak-anak kita dapat keperluan cukup, aku selalu fikir orang keliling punya nasib, anak-anak depa dapat ka macam anak-anak aku dapat. Mintak-mintaklah anak-anak depa dapat rasa apa yang anak-anak aku rasa,” luah Tilla di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat aksi Sam dan Sarima yang kelihatan sedih sewaktu Tilla keluar bekerja.
Lahhh, awat tu. Kesian sangat muka tu tak sampai hati nak tinggal,” komen seorang wargamaya.
Cute la mima dengan bapak, muka sama,” usik seorang wargamaya.
Masa kecik anak menangis nak kena tinggal. Dah besar, ajak teman keluar punyalah payah,” luah seorang wargamaya.
Alahai memang tak sampai hati bila anak nangis macam tu kan tapi takpe la sekejap je, Semoga dipermudahkan urusan Tilla,” doa seorang wargamaya.
Anak beranak sama je, muka copy paste!” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir setengah juta tontonan daripada pengikutnya.
Sekadar info, Tilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy, 2 tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar