Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Drama

Bercakap Dengan Jun: Recap Episod 5 & 6 - Nek Besah Curiga Status Ranum, Dipukul Kawan Baik Sendiri!

Mya Amri 19/05/2024 | 14:50 MYT
Minggu lalu penonton dapat menyaksikan perubahan hidup Jun selepas mengambil keputusan untuk menjaga bayi bernama Ranum.
Bermula dengan keadaan kesihatan Ranum yang tidak menentu sehinggalah penglibatannya menyertai kumpulan Sam membuatkan perjalanan hidupnya sedikit tidak menentu.
Apa agaknya yang berlaku sepanjang episod 5 dan 6 dalam drama bersiri Bercakap Dengan Jun?
Jom ikut Cik Bam recap balik dua episod ini:

RECAP EPISOD 5

Episod kali ini menyaksikan Lily terpaksa meminta pertolongan Jun selepas dia dikejar oleh sekumpulan orang awam kerana kantoi mencopet.
Jun bagaimanapun berjaya menyelamatkan Lily dengan memberikan arahan untuk ke lokasi
persembunyian melalui panggilan telefon.
Tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang, Jun kemudiannya memarahi Lily kerana berani mencopet sedangkan dia telah memberikan amaran kepada wanita itu supaya jangan melakukan perkara tersebut. Ha sesuailah Jun amuk kan?
Dari satu sudut lain pula, ibu Lily semakin marah kerana dia cuba menghubungi anaknya beberapa kali namun gagal.Perkara itu menyebabkan ibunya nekad ke rumah Lily untuk mencari puncanya.
Berbalik kepada kisah Jun, dia perasan bahawa kutipan budak-budak geng Sam dan Luth makin berkurangan. Sebagai gantinya mereka teruk dipukul oleh Sam tanpa belas kasihan.
Jun kemudiaanya mengambil keputusan untuk membantu mereka dengan mencopet. Disebabkan skill mencopet Jun yang hebat mereka berjaya mencapai kutipan yang disasarkan Sam.
Dalam pada itu, sebagai sahabat, Jun dan Luth pergi bersemuka dengan Lily dirumahnya selepas talian serta mesej mereka tidak berbalas. M
Jun hanya mahukan penjelasan Lily tentang kenapa dia perlu mencopet sedangkan dia seorang pelajar medik dan ibunya juga seorang doktor.
Jun tertanya-tanya apa lagi yang tidak cukup dalam kehidupan Lily jika dibandingkan dengan dirinya dan Luth yang terpaksa mencopet demi kelangsungan hidup.

RECAP EPISOD 6

Untuk episod 6 pula, kali ini kita dapat melihat hubungan persahabat antara Jun dan Luth sedikit goyah.
Kisah bermula apabila Jun terkantoi dengan Sam kerana membantu budak-budaknya mencopet supaya tak dimarahi Sam kerana hasil mencopet mereka tidak mencapai sasaran.
Disebabkan itu berlaku pergaduhan antara mereka dan Sam kemudiannya menghalau Jun daripada menyertai mereka.
Persahabatan mereka mula diuji apabila Luth berjumpa dengan Jun dan memarahinya kerana merasakan sikap Jun semakin ego, keras kepala dan tidak mendengar cakap.
Tidak puas hati, Sam telah menghantar budak-budaknya untuk menganggu kerja Jun mencopet. Jun telah dipukul oleh geng Sam dan juga sahabat baiknya sendiri iaitu oleh Luth.
Selain dipukul, mereka juga telah memerangkap Jun seolah-olah Jun mencopet seseorang sehingga Jun ditangkap dan dibawa ke balai polis.
Disebabkan itu, Jun tidak muncul ketika Lily meminta untuk bertemu dengan ibunya Lily di sebuah restoran menyebabkan ibu wanita itu marah.
Mengenai kisah Ranum pula, Nek Besah sudah mula mencurigai pekerjaan Jun dan juga status bayi itu sama ada anak buah atau anak yang diculik.
Untuk menghilangkan rasa ingin tahu, Nek Besah telah mengajak Tok Senik mengekori Jun untuk mengetahui tempat kerjanya.
Namun usaha mereka menjadi Jun dilihat sedang bekerja di sebuah warung. Walhal Jun sebenarnya sudah berpakat dengan pemilik warung untuk menyamar sebagai pekerja selepas mengetahui Nek Besah cuba mengekorinya.
Apakah yang akan berlaku kepada Jun, Luth dan Lily?
Kalau ada yang terlepas drama Bercakap Dengan Jun, jangan lupa ikuti recap episod bersama Cik Bam untuk minggu seterusnya.
Drama adaptasi novel ini merupakan terbitan Ano Films arahan oleh Syed Fariz dan Fairul Nizam.
Bercakap Dengan Jun dibintangi oleh Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila dan ramai lagi.
Saksikan drama Bercakap Dengan Jun, setiap Rabu hingga Khamis, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) atau stream di Astro GO dan sooka.
#Drama #Recap Drama #Bercakap Dengan Jun #Drama Recap
;