Laman Utama

Berdebar Nak Minta Izin Parents Pergi Bercuti, Netizen Ungkit Kontroversi Sharifah Rose Di Phuket; “Benda Yang Kita Tak Nak Ingat Pun”

Asyikin Mayudin
28/09/2022
22:55 MYT
Sponsor Banner
Berdebar Nak Minta Izin Parents Pergi Bercuti, Netizen Ungkit Kontroversi Sharifah Rose Di Phuket; “Benda Yang Kita Tak Nak Ingat Pun”
Pelakon Sharifah Rose menganggap tindakan netizen mengungkit semula kontroversi dia bercuti di Phuket sekitar dua tahun lalu di laman sosial adalah tidak wajar.
Netizen mula mengungkit isu lama itu selepas Sharifah Rose memuat naik status meluahkan rasa gemuruh apabila ingin meminta izin daripada ibu bapanya untuk pergi bercuti.
“Bagi saya, tak baik la ungkit benda yang dah lepas yang kita sendiri dah tak ingat pun. Tapi netizen kan, kita pun tak boleh nak kawal.
“Tapi saya ada juga mesej secara peribadi individu yang buat status tu. Saya minta dia untuk padam tweet tu. Sebab saya tak berapa selesa dia korek balik cerita lama.
“Benda yang kita tak nak ingat pun tapi dia nak ungkit pula. Tapi individu itu tak respon pun… jadi, saya malas nak panjangkan isu, saya biarkan saja,” ujarnya.
Sharifah Rose ditemui ketika pratonton RR Bridal RTW 22 yang diadakan di ShangriLa Hotel Boutique, Kuala Lumpur pada Rabu.
Biarpun sudah berusia 24 tahun, namun Rose mengakui dia masih berasa gemuruh apabila ingin meminta keizinan daripada ibu bapanya untuk pergi bercuti.
Menurut pelakon yang kian meningkat, dia perlu mendapatkan kebenaran daripada kedua-dua orang tuanya untuk pergi ke mana saja.
“Saya masih lagi tinggal bersama ibu bapa… ibu bapa saya pun jenis memang tegas. Jadi, bila nak pergi mana-mana kena minta izin mereka.
“Saya pun dah lama tak pergi bercuti, jadi bila nak minta izin tu rasa nervous la,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar