Laman Utama

Berdepan Hukuman Penjara, Amy ‘Penanggal Baju’ Mengaku Tidak Bersalah

Maliah Surip
13/07/2022
04:01 MYT
Sponsor Banner
Berdepan Hukuman Penjara, Amy ‘Penanggal Baju’ Mengaku Tidak Bersalah
Wanita yang tular di media sosial kerana aksi ‘komedi’nya menanggalkan baju kurung dan tudung ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menghina Islam.
Siti Nur Nuramira Abdullah, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali, lapor Berita Harian.
Tertuduh berdepan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.
Terdahulu, wanita yang juga membahasakan dirinya sebagai Amy ini membuat heboh apabila menukar imej muslimahnya kepada seksi sewaktu membuat persembahan komedi di sebuah kelab, Crackhouse Kuala Lumpur.
Dalam persembahan sama, dia yang mengaku anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu sudah menghafal 15 juzuk Al Quran.
Perlakuan melampaunya itu menimbulkan kemarahan masyarakat yang menyifatkan perbuatannya sebagai menghina agama Islam.
Malah sebelum ditahan reman selama tiga hari, Amy sempat muncul bersama kekasihnya, Alex, mengaku sudah berkahwin, pernah memiliki tujuh kekasih selain dibesarkan dalam keluarga dengan pegangan agama yang kukuh.
Meski mempersendakan agama, dia yang digelar netizen sebagai ‘Amy Penanggal Baju’ mengaku bangga menjadi orang Islam.
Kes Amy juga menyita perhatian banyak anak seni termasuk komedian senior seperti Afdlin Shauki yang menyifatkan penutupan sementara Crackhouse kerana perbuatan tidak bermoral wanita itu sebagai tidak adil.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar