Laman Utama
Berenang, Berbasikal & Kemudian Marathon, Semuanya Lebih 225KM? Fit Betul Menteri Kewangan Kita!
Melihat pada media sosialnya, pasti ramai mengetahui Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz seorang yang sangat aktif bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Namun, siapa sangka beliau juga pernah memasuki pertandingan Iron Man.
Perkara itu didedahan ketika kedatangan beliau di Astro baru-baru ini.
Menurut beliau, pada kejohanan Iron Man tersebut dia perlu berenang sejauh 3.8 kilometer (km) terlebih dahulu.
“Kemudian saya berbasikal sejauh 180km. Lebih kurang dari sini (Bukit Jalil) ke Ipoh,” katanya
Tambahnya lagi, selepas habis dua cabaran itu dia perlu melengkapkan satu lagu halangan iaitu marathon penuh.
“Cabaran terakhir adalah saya perlu berlari sehingga 42.2km,” katanya.
Dengan kesibukannya sebagai menteri kewangan, namun masih mampu mengamalkan gaya hidup yang sihat pastinya menjadi contoh terbaik rakyat di luar sana.
Anda boleh saksikan perkongsian beliau di bawah.