Laman Utama
Bergantung Pada Alat Pernafasan Bapa Ainul Mardhiah Sahkan...- “Bangun Kakak, Lawan & Menang Seperti Selalu”
Adik Ainul Mardhiah kini terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) sebuah hospital.
Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkata, Ainul Mardhiah, 3, yang kini sedang tidur memerlukan sokongan alat bantuan pernafasan selepas virus dikesan sudah merebak ke hampir seluruh tubuhnya.
Kanak-kanak yang sebelum ini kisahnya tular dan selamat menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam mulut itu sedang melawan serangan virus berkenaan.
“Bangun dan lawan, kakak.
“Walid dan mama sayang kakak, kami tunggu kakak bangun, lawan dan menang seperti selalu.
“Mohon doakan Ainul Mardhiah kami bangkit melawan serangan yang agak teruk kali ni.
“Ainul dirawat di PICU sekarang, perlukan bantuan ventilator.
“Doakan juga Allah swt bimbing, berikan jalan dan mudahkan urusan doktor dan jururawat yang sedang merawat ainul sekarang,” katanya.
Ahmad Saifuddin berkongsi mengenai isu kesihatan anaknya di akaun Facebook miliknya.
Sebelum ini, Astro Gempak melaporkan, Ainul Mardhiah berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan virus.
Ibunya, Nurul Erwani Zaidi memaklumkan, anaknya itu kini ditempatkan di PICU sebuah hospital yang tidak didedahkan kepada umum.
Terdahulu, Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan 'Germ Cell Tumour' seberat 200 gram di mulutnya selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di London, United Kingdom pada 2019 ketika berusia sembilan bulan.
Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak dilahirkan dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.