Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bergelar Ibu, Wany Hasrita; "Terkadang Saya Sampai Menangis, Tapi Bila Lihat ..."

Amri Hassan 03/11/2023 | 07:50 MYT
Penyanyi Wany Hasrita akui dalam fasa menyesuaikan diri selepas bergelar ibu sejak Julai lalu.
Jelas Wany, apabila dikurniakan Aishah Al Iman, banyak perubahan berlaku dalam kehidupannya seharian.
"Memang sangat berbeza kehidupan sebelum dan selepas bergelar ibu. Sekarang saya dalam fasa menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
"Terkadang saya sampai menangis tapi bila tengok Aishah senyum, terus hilang semua rasa penat lelah tu," katanya.
Dalam pada itu, Wany merancang untuk menetap di Kuching, Sarawak dan berulang-alik ke Kuala Lumpur sekiranya ada keperluan.
"Buat masa ini saya masih berulang alik dari KL ke Kuching bagi memenuhi tanggungjawab kerjaya seni dan sebagai isteri serta juga ibu.
"Bagaimanapun, mungkin di masa depan saya bercadang untuk terus menetap di Kuching bersama suami dan anak, jika ada tuntutan kerja, barulah saya terbang balik ke KL," tambahnya.

BERITA TRENDING: Wany Hasrita Akhirnya Dedah Wajah Anak, Kongsi Pengalaman Pertama Naik ‘Flight’...

Dalam perkembangan lain, Wany baru saja melancarkan single terbaharunya berjudul Cinta Hatiku yang turut menampilkan Aishah dalam muzik videonya.

PILIHAN PEMBACA: Perkenalkan Nama Anak, Wany Hasrita Sebak Lihat Bayi Cukur Rambut Selepas Genap 7 Hari Bersalin

BERITA TRENDING: “Ibu Lebiu” - Wany Hasrita Selamat Bersalin Baby Girl

#Menangis #Wany Hasrita #Sarawak #Ibu #Pindah #Kuching #Aishah Al Iman
;