Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bergusti Pakai Tengkolok, Ayez Shaukat Fonseka Buktikan Gusti Profesional Masih Onz! - "Kita Pun Setanding Barat"

Amri Hassan 16/12/2022 | 10:43 MYT

Suatu ketika penonton di Malaysia menggilai aksi dan 'drama' rancangan perlawanan gusti WWF dan WWE. Nama-nama seperti Hulk Hoga, Steve Ausin, The Rock antara yang meniti di bibir peminat ketika itu.

Mengembalikan kegemilangan seni gusti profesional, penggusti tempatan Ayez Shaukat Fonseka mengambil inisiatif mengidupkan semula acara itu menerusi Apac Wrestling RISE! di Spacerubix, Puchong pada 10-11 Disember lalu.
Acara pertama kali itu menampilkan 9 penggusti profesional antarabangsa dan 6 penggusti profesional tempatan menerusi 13 perlawanan.
"Terdapat ramai peminat Pro Wrestling dan WWE di Malaysia, dan menontonnya secara langsung dalam aksi adalah pengalaman yang berbeza daripada menonton di TV atau di YouTube.
"Selama ini bila sebut gusti, semua beranggapan ia hanya wujud di kaca TV. Sekarang kita sebenarnya sudah mempunyai penggusti yang setanding dengan penggusti Barat.
"Sehubungan itu, APAC Wrestling memberikan pengalaman ini kepada peminat yang tidak dapat menonton dan menikmati gusti secara langsung seperti di Jepun atau Amerika Syarikat," ujarnya.
Dalam acara terbabit penonton dapat menyaksikan kelincahan penggusti berhijab pertama di dunia, Nor ‘Phoenix’ Diana dan pelakon lagak ngeri Azwan Razali atau nama gelanggang, Serigala.
Menariknya juga, acara tersebut turut dihadiri juara WWE Cruiserweight, Tajiri dan bekas penggusti WWE dan bintang NXT, Steph De Lander.
Dua lagi bintang yang mencuri perhatian adalah penggusti kecil molek, Maki Itoh (All Elite Wrestling) dan Yuki Kamifuku, kedua-duanya dari Jepun.
Shaukat, 34, anak kelahiran Malaysia yang dibesarkan sebagai ahli gusti profesional tular selepas
muncul dalam rancangan televisyen gusti profesional Amerika Syarikat 'Reality of Wrestling' dengan memakai tengkolok dan songket.
Malah, Shaukat giat mempromosikan gusti profesional sejak 9 tahun lalu. Impiannya mahu menjadikan gusti profesional sebagai hiburan arus perdana dan mesra keluarga.

A post shared by Ayez Shaukat-Fonseka Farid (@ayezshaukatfonseka)

Disokong oleh Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia, APAC Wrestling RISE (Freedom Fighters) juga
dianjurkan bersama oleh TARO Pictures dan dipersembahkan oleh NOAHX.
Ketua Pegawai Eksekutif APAC Wrestling RISE, Aron Koh. pihaknya optimis acara terbabit mampu memberikan hiburan buat semua peringkat umur.
"Saya percaya gusti APAC akan menjadi kegemaran dan sukses yang besar di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Ia adalah hiburan mesra keluarga, sesuai untuk semua peringkat umur, dan pangkalan peminatnya lebih besar daripada yang dijangka," ujarnya.
Maklumat lanjut, layari laman Facebook APAC Wrestling, www.facebook.com/APACWrestling.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Viral #Gusti #Apac Wrestling RISE #Ayez Shaukat Fonseka
;