Berharap Isu Dengan Liana Beep Beep Berakhir, Syedot Asmr Mengaku Salah - “Cuma Kesilapan Aku La Pergi Beritahu Hint Yang…”
Pempengaruh media sosial dan YouTuber, Syedot Asmr mengakui kesilapannya mengungkit kisah lama yang mengaitkan nama Influencer Liana Beep Beep.
Video Penjelasan
Meminta pihak Cikidot Channel untuk privasikan podcast mereka, Syedot berkata dia sendiri yang membenarkan Liana membuat video penjelasan bagi membersihkan nama.
“Aku baca dia punya penjelasan, aku okay… memang salah aku. Aku dah cakap dengan dia, dengan Cekidot, aku memang minta Cekidot private video itu lepas 24 jam. Itu aku request dekat Cekidot.
“Aku bagi Liana untuk publish video untuk dia bersihkan nama dia. Aku okay macam itu… boleh tanya dia, memang ada WhatsApp itu, aku cakap dekat dia tak apa aku akan berdiam diri, takkan buat video macam melawan ke apa.
“Aku tak nak keruhkan lagi keadaan. Bila kita tak nak lagi keruhkan keadaan, kita kalau buat lagi satu video, benda itu akan jadi teruk. Terutama netizen, kalau bab macam ini mereka lagi suka berlaga,” katanya.
Mohon Maaf
Menerusi siaran langsung yang dimuat naik semula di TikTok, Syedot juga berkata dia sudah memohon maaf kepada Liana secara peribadi menerusi mesej di WhatsApp.
“Bila dah lepas 24 jam, aku ada minta Liana, kalau boleh lepas 24 jam juga private video itu… aku faham dia nak bersihkan nama dia, jadi aku bagi tak apa. Dia nak buat ayat apa-apa dekat video itu pun aku tak kisah.
“Sebab memang salah aku, aku yang bercerita fasal solat Istiqorah itu dekat dalam podcast… aku yang bawa cerita itu. Tapi dalam podcast itu aku tak mention nama, cuma kesilapan aku la pergi beritahu hint yang ciri-ciri orang itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Tak Henti Ajak Couple, Liana Beep Beep Tampil Dedah Bukti: “Sesiapa Tolong Kahwin Dengan Dia…”
ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Ugut Nak Sebarkan Video S*ks Bekas Isteri? Ini Tindakan Yang Boleh Dikenakan Dari Segi Undang-Undang
ARTIKEL BERKAITAN: Dr Say Shazril ‘Terduduk’ Bila Tahu Gaji ‘Content Creator’ Cecah RM80,000 Untuk 3 Konten - “Tiada Lagi Badan Yang Menyelia & Mengawal Harga…”
“Tapi dia kaitkan chat, tak apa aku tak kisah. Aku yang punca pergi cerita benda itu,” katanya lagi.
Isu Berakhir
Bagaimanapun, Syedot berkata dia berharap isu itu akan berakhir dengan video penjelasan daripada Liana namun perkara tersebut semakin berleretan.
“Lepas bersihkan nama, semua orang dah hentam aku, nama dia dah bersih, orang dah puji dia… that is it, sampai itu saja. Jangan meleret-leret. Video yang dikeluarkan itu sampai berhari-hari.
“Padahal dalam video dia itu, aku boleh counter tapi aku tak nak. Itu maksud aku, faham tak. Bila kita cakap perkataan counter back, dia anggap aku ugut dia. Ya Allah, sumpah ya aku tak nak benda itu drag.
“Kita kalau boleh nak benda itu mati lepas 24 jam. Itu saja aku punya niat sebenarnya. Cukup la orang dah hentam aku, dah la. Benda itu akan lerai, seminggu dua macam itu.
“Bila video itu ada dekat profile, benda itu akan drag sampai boleh pergi ke tiga minggu, sebulan, dua bulan. Itu aku request dekat dia. Tapi dia salah anggap, dia ingat aku ugut dia,” katanya.
Tarik Diri
Pada perkongsian yang sama, Syedot memberitahu dia memilih untuk menarik diri kerana enggan lagi memanjangkan isu yang sememang menjadi perhatian netizen.
“Bila bercakap, kita rasa api lawan api. Bila macam itu, aku tarik diri, tak apa aku salah. Jadi aku diam saja, macam itulah maksud aku. Ending last aku cakap, tak apa la aku minta maaf.
“Netizen pun macam itu, suka spin… ayat aku pendek, korang gabungkan live depan dan belakang, korang satukan lepas itu viral,” ujarnya.
Terdahulu, Liana tampil membersihkan namanya dengan memuat naik video penjelasan selepas didakwa penipu dan ‘kaki spin’ oleh seorang YouTuber.
undefined