Hiburan

“Berhenti Buat Kereta Terbang” – ‘Punch Card’ Hari Pertama, Ini Harapan Netizen Untuk KJ

Azwa Rahman
11/03/2020
10:54 MYT
Sponsor Banner
“Berhenti Buat Kereta Terbang” – ‘Punch Card’ Hari Pertama, Ini Harapan Netizen Untuk KJ
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menarik perhatian wargamaya apabila memulakan tugasnya di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Khairy berkongsi sekeping foto menggunakan kad perakam waktu sebagai tanda kehadiran untuk tatapan umum.
“Memulakan tugas sebagai ketua sains, teknologi dan inovasi. Malaysia boleh kejar negara-negara maju yang lain kalau kita menjadi negara saintifik yang mampu mencipta teknologi asli.
“Apa yang anda mahu lihat dalam ruang sains, teknologi dan inovasi?” tulis Khairy sebagai kapsyen.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya mengalu-alukan hari pertama Khairy di kementeriannya.
Malah, mereka turut memberikan cadangan penambahbaikan yang boleh meletakkan Malaysia sebaris negara maju lain.
“Pertama sekali, tolonglah hentikan pembuatan kereta terbang pertama Malaysia tu. Negara luar dengar buat diorang gelak je,” cadang seorang wargamaya.
“Mungkin boleh tambah baik dari segi pengurusan dan inovasi pembuangan sisa di seluruh negeri di Malaysia,” ujar seorang wargamaya.
“Tingkatkan pendidikan robotik dan lebihkan teknologi dalam sains sukan,” kata seorang wargamaya.
“Kami mahukan lebih banyak makmal inovasi di Malaysia,” komen seorang wargamaya.
“Saya mahu lihat sains dan teknologi ini membantu kanak-kanak autisme,” luah seorang wargamaya.
“Bangkitkan semula program angkasa untuk bakal-bakal angkasawan,” pinta seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, Khairy antara 31 menteri, termasuk empat menteri kanan, dan 37 timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan menteri kabinet baharu di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di Putrajaya semalam.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024