Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Berhenti Hantar Mesej Yang Menakutkan!”-Tamat Kuarantin Covid-19, Nabila Huda Kongsi Supplement Yang Digunakan

Syafiqah Jalal 21/05/2021 | 00:51 MYT
Pelakon Nabila Huda bersyukur akhirnya selepas 10 hari kuarantin kendiri akhirnya dia bebas dari jangkitan virus Covid-19 , semalam.
Pun begitu, Nabila masih mengambil langkah berjaga-jaga dan berkongsi ubat tambahan yang diamalkan sepanjang kuarantin sehingga kini.
“Alhamdulillah , selesai sudah self-quarantine dan self-monitor at home selama 10 hari..Tapi abil tau dia masih lagi ada dalam badan and kena terus fight untuk hilangkan.
“Ni saya share jenis vitamins, oils, suppliment yang saya ambil untuk korang yang tengah struggle untuk melawan Covid-19 dalam badan.
“Yang mana korang rasa mahal nak beli,tak perlu ok! macam EO tu agak mahal. Tapi dia worth to buy. I would not mind spending janji sihat. Tapi tak perlu kalau tak mampu. Pakai vicks je pun boleh.
“Bagi siapa yang tak di jangkiti pun, saya cadangkan korang boleh mula untuk amik supplement ni jugak ok. Dah boleh tukar minum air sejuk kepada air panas with lemon,” katanya.
Anak kepada penyanyi rock lagenda, Amy Search itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto yang menunjukkan semua jenis ubat dan vitamin yang diamalkan.
Menurut Nabila dalam keadaan serta situasi pandemic ini, semua perlu berjaga-jaga kerana Covid-19 mudah berjangkit.
“Dalam keadaan kita skarang ni, kita boleh dijangkiti atas kecuaian kita atau orang lain. Trust me,you never know.
“Keadaan negara kita dah semakin chaos and our frontliners dah penat. It’s about time untuk kita jaga diri kita.
“Jangan malu untuk share dengan orang keliling about your experience, symptoms or anything yang korang tahu supaya siapa yang belum dijangkiti,mereka dah dalam keadaan bersedia. Kite bagi awareness supaya nanti dorang tak la panic sangat.
“Avoid makan luar. Belajar untuk masak sendiri sebab kite tau apa yang kite masak,bahan apa yang kite guna kan dan ia dijamin bersih,” sarannya..
Berkongsi mengenai pengalamannya sebagai pesakit Covid-19, Nabila akui emosinya tidak stabil tetapi perlu kuat melawan.
“Pada positive patient yang tiada symptoms, saya suggest if mampu untuk self-monitor at home, buat lah ok.. Percayalah, korang boleh survive!
“Paranoid and emotion unstable itu adalah normal..dan tolong lah, berhenti hantar broadcast yang merepek untuk menakutkan orang on WhatsApp.
“Saya doa kan korang dan keluarga korang dijauhi dari penyakit gila ni..Yang mana masih lagi tengah fight,abil doakan korang cepat sembuh..You can do this!,” katanya lagi.
Nabila turut mengucapakn terima kasih kepada semua yang menyokong serta memberinya kata-kata semangat ketika melawan penyakit tersebut.
Pelakon wanita itu menjalani kuarantin di rumah sejak dia disahkan positif Covid-19 yang lalu.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

#Nabila Huda #COVID-19 #Kuarantin #Ubat #Vitamin
;