Berita
Beri Alasan Edit Foto Aib Dr Noor Hisham Hanya Gurauan, Pemilik FB MGAG Tetap Disiasat Polis
Pepatah ada mengatakan terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terimalah padahnya.
Barangkali itu perumpamaan paling tepat buat pemilik akaun Facebook (FB) MGAG selepas didakwa memuat naik satu gambar aib Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang telah diedit.
Foto yang memperlihatkan Dr Noor Hisham memakai seluar dalam dan kain pelikat ketika membuat sidang media dari kediamannya itu tular sejak semalam.
Bersama foto yang diedit tersebut, dia menuliskan ia hanya sekadar meme apabila seseorang harus bekerja dari rumah.
"Work from home vibes" , meme by Cho Jung Yang, tulisnya pada sebelah atas keterangan foto yang kemudian ditulis; Dr Hisham doing live broadcast from quarantine (Dr Hisham melakukan sidang media secara langsung semasa kuarantin).
Tak tunggu lama, tindakan biadap dan tak bermoral itu mencetus kemarahan netizen. Selepas mendapat kecaman teruk, pemilik akaun tersebut telah membuat permohonan maaf dan memadamkan posting yang dibuat.
Dia juga mendakwa perkara yang dilakukannya sebagai satu tindakan suka suka dan sekadar gurauan.
Meski demikian nampaknya perbuatan yang dianggap gurauan itu memakan diri apabila kini harus berhadapan dengan siasatan pihak polis selepas satu laporan dibuat semalam.
Laporan yang dibuat di Senawang, Negeri Sembilan itu kemudian mendorong polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid kepada Harian Metro.
"Kita sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998," katanya ketika dihubungi.
Kredit Foto: Astro Awani
Must-Watch Video