Gaya Hidup
“Beri Makan Minum, Tempat Tidur Dan Dobi Sekali” - Alhamdulillah! KKM Beri Frontliners Cuti Rehat Selepas Lima Bulan Berjuang
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan diberi cuti rehat dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi selain khidmat kaunseling bagi memulihkan semangat mereka berdepan cabaran pandemik COVID-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mereka bekerja keras tanpa henti sejak penularan jangkitan COVID-19 yang semakin serius sejak Januari lalu.
"Kita di KKM bekerja siang malam tak berhenti sejak lima bulan, tidak kenal hari minggu dan hari bekerja.
"Apa yang pasti hari ini kita nampak keputusan dan hasil daripada pengorbanan kita, kes semakin berkurangan. Penggunaan wad dan ICU juga semakin berkurangan.
"Mungkin dalam masa ini kita akan menggunakan seminggu dua untuk kita memberi 'time off' kepada warga kerja KKM secara bergilir-gilir," katanya dalam sidang media harian COVID-19 kepada Harian Metro.
Hasil tinjauan Gempak di laman sosial Facebook, rata-rata wargamaya memberikan penghargaan beserta diiringi doa atas usaha mereka menghapuskan wabak merbahaya ini.
“Ya, Dr Noor Hisham pun perlu rehat juga. Kesian tengok muka letih buat sidang media setiap petang. Terima kasih buat semua yang menjaga negara kita Malaysia,” kata seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, sediakan makan minum, tempat tidur siap dobi semua sekali. Bagi mereka dapat rehat yang sepenuhnya, amin,” cadang seorang wargamaya.
“Terima kasih frontliners. Semoga Allah sahaja yg dapat membalas segala jasa mereka,” komen seorang wargamaya.
“Bagi 2 bulan terus pun takpe. Saya setuju. Mereka adalah hero-hero Malaysia. Mereka gadai nyawa menyelamatkan kita tanpa mengira masa dan lelah. Hero sebenar, salute,” luah seorang wargamaya.
“Terima kasih semua. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas budi baik, jasa bakti dan tulis ikhlas kalian sepanjang menjalankan tugas ini. Terima kasih sekali lagi,” ucap seorang wargamaya lagi.