Gaya Hidup

Berita Baik Buat Hijabista! Butik Di Jepun Ini Sediakan Hijab Untuk Suaikan Dengan Kimono Pilihan

Azwa Rahman
12/04/2019
07:36 MYT
Sponsor Banner
Berita Baik Buat Hijabista! Butik Di Jepun Ini Sediakan Hijab Untuk Suaikan Dengan Kimono Pilihan
Kalau anda berkunjung ke negara Jepun, bersiar-siar sambil menggayakan pakaian tradisi wanita Jepun iaitu kimono adalah perkara wajib yang perlu anda letak dalam itinerari travel.
Berita baik untuk wanita-wanita berhijab sekalian, kini ada tempat sewa kimono yang menawarkan hijab untuk anda suai padankan dengan kimono pilihan.
Pada yang tak faham, penting sangat ke warna hijab perlu padan dengan warna baju? YES, penting! Barulah cantik bila bergambar.
Dengan kunjungan lebih ramai wanita berhijab di Jepun sekarang, nampaknya satu syarikat sewa kimono ini mahukan anda menikmati pengalaman menggayakan kimono dengan lebih cantik dan yakin.
Beginilah rupa hijab yang disediakan.
Dengan 20 pilihan warna ditawarkan, kami yakin pasti ada yang sesuai dipadankan dengan warna kimono pilihan dan warna kulit anda.
Kebiasaan harga sewa bagi sehelai kimono adalah 2,900 Yen (RM107) dan bagi hijab pula, ia berharga 300 Yen (RM11).
Dimana lokasi butik kimono ini?
  1. 128, Manjujicho, Shimogyo-ku, Kyoto-shi, Kyoto
  2. 472-1 Kinpukicho, Nakagyo-ku, Kyoto 604-0846
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar