Hiburan

"Berjaya Juga Realisasikan Hasrat Anaqi .." - Shera Aiyob Sambut Hari Lahir Anak Di Sekolah

Zulaikha Yusof
20/06/2019
04:32 MYT
Sponsor Banner
"Berjaya Juga Realisasikan Hasrat Anaqi .." - Shera Aiyob Sambut Hari Lahir Anak Di Sekolah
Pelakon Shera Aiyob melahirkan rasa gembira kerana berjaya merealisasikan hasrat anak lelakinya, Nadi Anaqi untuk menyambut hari lahir bersama kawan-kawan di sekolah.
Menurut Shera tahun ini merupakan tahun terakhir di sekolah itu memandangkan Anaqi sudah berumur empat tahun.
"190619. Berjaya juga realisasikan hasrat Anaqi nak makan cake dengan kawan-kawan sekolah dia.
"Enjoylah puas-puas nak. Tahun ni tahun terakhir dengan kawan-kawan yang dah hampir 4 tahun bersama.
"Lepas ni dengan kawan-kawan baru pula. Apeni mommy emo sebab kawan-kawan dia comel and sweet sangat!
"Anaqi bagitahu Mommy dia dapat layanan istimewa hari ni sebab birthday dia," tulisnya beserta kongsi beberapa keping foto sambutan hari lahir.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat turut sama mengucapkan selamat hari lahir kepada Anaqi serta mendoakan agar membesar menjadi anak soleh.
Shera dan suaminya, Zahiril Adzim telah berkahwin pada 20 November 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nadi Anaqi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar