Hiburan
“Berkat Permohonan Maaf Fizi” - Les Copaque Capai 10 Juta Langganan & Terima Anugerah Diamond Play Button YouTube!
Jenama animasi terkenal Les Copaque melakar sejarah tersendiri apabila menerima anugerah Diamond Play Button daripada YouTube selepas meraih 10 juta langganan.
Syarikat itu berkongsi berita baik tersebut menerusi laman sosial Twitter rasmi mereka.
“Yay! Kami berjaya! Kami merupakan saluran YouTube pertama di Malaysia yang mencapai 10 juta langganan dan menerima anugerah DIAMOND PLAY BUTTON,” tulis pengendali akaun tersebut menerusi satu kicauan.Yay! We Did It!.We are the first ever YouTube Channel in Malaysia to have 10 Million subscribers and to be awarded the coveted DIAMOND PLAY BUTTON. Thank you from the bottom of our hearts to all our fans for supporting and believing in us!#LCPYT10MSubs#LCPDiamondPlayButton pic.twitter.com/Edj33gOMRC— Les' Copaque (@lescopaque) June 11, 2020
Pengarah Urusan Les Copaque, Burhanudin Md Radzi turut melahirkan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang memberikan sokongan dan kepercayaan kepada mereka untuk berkarya.
Malah, syarikat itu turut berjenaka tentang spekulasi karakter Fizi dan permohonan maafnya yang membuatkan jenama itu terus meraih langganan di saluran YouTube.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, ramai wargamaya yang teruja dan memberikan ucapan tahniah di atas penghargaan tersebut.
“Tahniah!! Sudah sampai waktunya upin dan ipin masuk sekolah rendah HAHAHA,” tulis seorang wargamaya.
“Congrats! Teruskan berkarya,” puji seorang wargamaya.
“Tahniah! Ni mesti berkat permohonan maaf Fizi waktu itu,” komen seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, karakter Fizi telah memohon maaf di atas kontroversi dialog dalam episod berjudul Syahdunya Syawal yang disiarkan pada Hari Raya pertama di saluran MNCTV, Indonesia.
Kontroversi timbul apabila dalam episod Syahdunya Syawal, Fizi menyebut 'tiada ibu, tiada syurga buat Upin dan Ipin' hingga mengundang perbalahan wargamaya.
Must-Watch Video