Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Berkopiah, Atas Sejadah, Pegang Tasbih Tapi..." - Iesya Toh Ulas Isu Viral Pengasas Produk Kecantikan

Asraf Aided 18/02/2021 | 05:45 MYT
Pengacara Iesya Toh rasa terpanggil untuk menyuarakan rasa kesalnya terhadap pelbagai isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat baru baru ini.
Perkara itu dikongsi Iesya menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
"Kita lihat isu yang berlaku hari ini, betapa ia menunjukkan keruntuhan akhlak dan moral masyarakat hari ini. Imej itu cantik dah, berkopiah, atas sejadah, tangan pegang tasbih, tetapi macam mana pula dia mengajar kanak-kanak lelaki untuk cium mulut itu menjadi kebiasaan lelaki sesama lelaki?
"Macam mana pun tetap tak boleh diterima akal, tak boleh! Yang dah kahwin tahu lah rasa mencium pasangan, itu feel lain, itu bukan kasih sayang adik dan abang, takda maknanya!
"Jadi, kita kena ajar anak-anak kita, cium mulut dengan anak bukanlah perkara biasa. Kita mula dengan anak-anak daripada mereka kecil, kita mahukan kesempurnaan dan bukan perkara yang tak elok," katanya.
Selain itu, Iesya juga menyentuh isu pengikut ajaran sesat yang tular baru-baru ini.
"Kita dah berada di penghujung zaman, dah matang, dah matang sekalipun tetap ada dugaan dan godaan dekat kita sehingga ada antara kita yang terpesong, pergi ikut ajaran agama Melayu yang sah tak masuk akal.
"Apa yang kita lakukan hari ini dan banteras hari ini, bukan kerana kita, esok lusa kalau kita mati, ada anak cucu cicit, adakah kita nak anak cucu cicit kita ikut perkara yang salah di sisi agama?" tambahnya.
Sebelum mengakhiri video tersebut, Iesya sempat menegur pengasas produk kecantikan yang sanggup menghina orang lain untuk tujuan promosi pihak sendiri.
"Kita harus banteras hari ini, begitu juga isu produk-produk yang baru keluar. Tak perlu nak menghina warna kulit orang lain untuk kita buat produk kita. Kalau kita taknak ikut peredaran zaman yang semakin hebat 2021 ini, kita ingat kita tetap orang Islam, berhati-hati dalam percakapan dan pertuturan kita," katanya lagi.

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh)

#Cium Mulut #Iesya Toh #Ajaran Sesat #Adik Angkat
;