Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Berlakon Sudah, Menyanyi Sudah… Kini Ustaz Kazim Bergelar Ahli Politik, Dinamakan Sebagai Calon BN Parlimen Larut Bagi PRU15

Izwan Isa 01/11/2022 | 23:50 MYT

Lewat petang semalam, viral di media sosial apabila pendakwah bebas, Ustaz Datuk Kazim Elias (Ustaz Kazim) dikhabarkan bakal bergelar calon Barisan Nasional bagi berentap di kerusi Parlimen Larut menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Facebook Larut Media, penyertaan pendakwah itu dalam arena politik bagi PRU15 difahamkan disahkan sendiri oleh adik kandunganya.
Turut disertakan gambar Ustaz Kazim memegang kertas yang memaparkan ‘Larut’ selain mengenakan kemeja berona biru berlogo Barisan Nasional.
“Selamat kembali ke tanah tumpah kelahiran mu di Parlimen Larut. Berbaktilah sebagai anak tempatan. Tahniah adikku,” tulis individu yang menggunakan nama Pak Lang Hasbullah.
Begitupun, tanda tanya mengenai hal itu terjawab apabila portal Utusan Malaysia mengesahkan yang Barisan Nasional mencalonkan Ustaz Kazim Elias bertanding di Parlimen Larut.
Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Mohd Kazim dijangka akan menentang Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) yang kini merupakan penyandang kerusi Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Terdahulu, Dira Abu Zahar merupakan artis pertama memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka dan bergelar wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25-Rim.
BACA: Artis Pertama Menang Pilihan Raya, Selamat Berkhidmat Untuk Rakyat Dira Abu Zahar
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Ustaz Kazim Elias #Barisan Nasional #Larut
;