Hiburan
Berlaku Sedikit Salah Faham, Farid Kamil Reda Jika Berlaku Sebarang Kemungkinan - “Dalam Rumah Tangga Bila Masa Bulan Mengambang…”
Pelakon Farid Kamil mengakui berlaku perselisihan faham kecil di antara dia dan isterinya, Diana Danielle sebelum aktres itu berkongsi kenyataan yang dia akan memfailkan perceraian buat kali kedua.
Masih menghantar mesej seperti biasa, Farid bagaimanpun dengan tenang berkata pergaduhan berlaku disebabkan isterinya tengah mengalami ‘bulan mengambang’.
"Biasalah. Dia begini dalam rumah tangga bila masa bulan mengambang biasalah. Gaduh-gaduh kecil. Tapi saya tetap sayang isteri saya macam saya cakap.
"Hari ini boleh cakap macam ini… nanti minggu depan boleh cakap lain… biasalah tu,” katanya kepada Gempak.
Farid memberitahu perkara itu ketika ditemui media pada Jemputan Ke Lokasi Pengambaran Filem Bisikan Dosa pada Rabu.
Farid juga menjelaskan dia sudah bersedia sekiranya berlaku sebarang kemungkinan dalam waktu terdekat.
"Video saya cakap saya sayang Diana dah satu juta tontonan. Jadi apa lagi saya nak cakap? Berapa banyak lagi saya nak cakap saya sayang Diana?
"Saya memang sayang dia dan saya reda. Saya mengaku memang ia sedikit sebanyak meganggu perjalanan watak yang saya lakonkan," katanya.
Selepas setahun kembali rujuk, pelakon Diana Danielle mengejutkan ramai apabila mengumumkan akan memfailkan perceraian buat kali kedua terhadap suaminya, Farid Kamil.
Bagaimanapun, pemilik nama nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, 33, itu enggan memperincikan alasan membuat keputusan nekad untuk berpisah.