Laman Utama

Berlambak Kes Jenayah, Peminat Terkejut Seungri Keluar Penjara Kurang 100 Hari

Maliah Surip
14/12/2022
08:56 MYT
Sponsor Banner
Berlambak Kes Jenayah, Peminat Terkejut Seungri Keluar Penjara Kurang 100 Hari
Pepatah yang mengatakan ‘sekelip mata berlalu’ nampaknya tepat untuk memberi gambaran kepada Seungri.
Diam tak diam, bekas anggota Big Bang yang dihukum penjara selama 1 tahun setengah itu akan dibebaskan dalam masa kurang 100 hari!
Jika mengikut kiraan, Seungri kini telah menjalani hukuman selama setengah tahun selepas Supreme Court Korea Selatan memutuskan dirinya bersalah dengan 9 kes jenayah pada Januari 2020.
Dengan itu, Seungri yang terlibat jenayah seperti pelacuran online, merakamkan konten porno secara tidak sah dan mengugut akan keluar penjara pada Februari 2023.
Khabar itu membuat banyak netizen terkejut kerana berasa masa berlalu terlalu pantas dan mereka akan kembali menerima Seungri ke dalam masyakarat.
“Dia akan dibebaskan dalam tempoh dua bulan? Ini gila!,”komen seorang netizen seperti dilaporkan AllKPop.
Ada netizen yang menulis: “Dia akan kembali ke YouTube. Kami tidak mahu melihatnya.”
Dan kebanyakannya bagai tidak percaya Seungri akan dibebaskan dalam tempoh waktu terdekat. Malah ada yang bimbang dia akan kembali melakukan jenayah yang sama memandangkan hukuman yang diberikan kepadanya ‘ringan’.
Mengikut fakta kes, bintang yang telah menggemparkan dunia K Pop dengan rangkaian jenayah berunsur seks itu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.
Namun selepas membuat rayuan, hukuman penjaranya berjaya dikurangkan kepada satu tahun setengah.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar