Laman Utama

“Bermacam Perasaan Bila Tengok Cerita Ni” - Netizen Sayu Lihat Pengorbanan Bapa Dalam Filem On Your Mark

Azwa Rahman
10/09/2021
09:33 MYT
Sponsor Banner
“Bermacam Perasaan Bila Tengok Cerita Ni” - Netizen Sayu Lihat Pengorbanan Bapa Dalam Filem On Your Mark
Filem pecah panggung di negara China pada tahun ini, On Your Mark telah menemui penonton Malaysia bermula 26 Ogos lalu.
Hasil garapan pengarah tersohor Chiu Keng Guan ini memberi penghormatan kepada bapa-bapa seluruh dunia yang cekal, berhati waja dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga mereka.
Di laman Twitter, wargamaya meluah rasa kagumnya melihat pengorbanan seorang bapa terhadap anaknya demi sebuah cita-cita.
“Bila tengok filem On Your Mark boleh nampak betapa besarnya pengorbanan seorang ayah untuk anaknya. Macam-macam perasaan ada bila tengok filem ni. Recommended!
“Kalau aku cakap director filem On Your Mark ni dari Malaysia percaya tak? Ye betul, Malaysia. Korang kena tengok even sekali,” tulisnya menerusi satu bebenang ciapan.
On Your Mark dibintangi pelakon hebat China seperti Wang Yanhui, Zhang Youhao, Gong Beibi, Zhao Liang, Li Yu, Liu Jinshan dan penampilan istimewa oleh pelakon filem The Last Tycoon, Feng Wenjuan.
Filem ini mengisahkan seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari maraton seperti ibunya.
Cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xiao Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia.
Namun, sewaktu berlatih secara sembunyi, Xiao Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi kenyataan apabila Xio Erdong disahkan buta.
Saksikan filem hebat On Your Mark yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 26 Ogos 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar