Hiburan

"Berpeluk Bercium Sebelum Kahwin" - Raja Ilya Kongsi Video Lamaran Romantis Suami, Tapi Netizen Pertikai Benda Lain Pula ..."

Amri Hassan
18/01/2019
07:45 MYT
Sponsor Banner
"Berpeluk Bercium Sebelum Kahwin" - Raja Ilya Kongsi Video Lamaran Romantis Suami, Tapi Netizen Pertikai Benda Lain Pula ..."
Selepas hampir sebulan mendirikan rumah tangga, pelakon Raja Ilya hari ini memuat naik sepotong video ketika dilamar suaminya, Trent Garrett.
Dalam video tersebut, Ilya 'diperangkap' oleh teman baiknya sebelum dikejutkan dengan proses lamaran Trent.
"I won’t forget this moment, a beautiful surprise proposal," tulisnya pada video itu.
Tidak dinyatakan lokasi lamaran itu, menerusi rakaman video berkenaan, Trent muncul dari arah belakang ketika Ilya sedang menikmati makan malam.
Terkejut dengan kemunculan Trent, Ilya memeluk jejaka berkenaan dan dibawa ke ruang tengah restoran itu yang dikelilingi oleh lilin berbentuk susunan love.
Trent melutut sambil menyarungkan cincin lamaran kepada Ilya.
Video berdurasi seminit itu meraih perhatian ramai yang tersentuh dengan aksi lamaran penuh romantis pasangan itu.
Namun, perkongsian itu turut mendapat reaksi kurang senang segelintir netizen yang menganggap tindakan itu tidak mencerminkan cara hidup Islam.
Ilya dan Trent telah berkahwin pada 23 Disember lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.
Pasangan itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar