Laman Utama
Bersalin Ketika Usia Kandungan 41 Minggu, Nurul Syuhada Selamat Lahirkan Anak Ke-4
Personaliti televsiyen, Nurul Syuhada Nurul Ain selamat melahirkan bayi keempatnya kelmarin.
Nurul Syuhada memberitahu anaknya dilahirkan normal ketika usia kandungannya hampir mencecah 41 minggu.
“Terima kasih semua untuk bunga dan buah-buahan. Selepas hampir 41 minggu di dalam perut ibu saya, segala pujian bagi Allah saya dilahirkan pagi semalam (kelmarin),” tulisnya.
Bekas pengacara Mingguan Wanita itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik segala hadiah yang diterima sempena menyambut anaknya itu.
Pun begitu Syuhada tidak memaklumkan jantina bayinya.
Dalam masa yang sama Shuhada turut memberitahu suaminya ada bersama ketika bertarung nyawa melahirkan anak mereka.
“Tahniah kepada ibu saya yang lalukan terbaik untuk keluarkan saya dan sudah tentu ayah saya juga ada bersama menyambut kehadiran saya dan memotong tali pusat saya,” katanya lagi.
Syuhada mendirikan rumah tangga dengan Raja Azmir Raja Azwa pada tahun 2014. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuk anak kembar.