Berita
“Bersalin Normal Barulah Betul Berjihad, Hapus Dosa”- Noornabila Kongsi Pengalaman Berhadapan Dengan ‘Makcik Bawang’
Kakak kepada pengacara popular Neelofa, Noornabila berkongsi pengalaman berhadapan dengan masyarakat yang suka mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadapnya sebagai ibu hamil.
Noornabila menerusi akaun Instagram (IG) miliknya menyenaraikan beberapa ayat yang selalu diterimanya daripada orang yang digelar ‘makcik bawang’.
Antara kata-kata yang diterimanya adalah seperti memintanya supaya bersalin secara normal sahaja kerana dengan cara tersebut dia boleh menghapuskan dosa.
Noornabila bagaimanapun tidak setuju dengan pendapat tersebut kerana cara mereka bercakap seolah-olah seperti Tuhan.
“My personal experienced: Awak patut cuba bersalin normal, baru la real baru lah betul berjihad hapus dosa - nak jadi tuhan pulak dia,” tulisnya.
Selain itu, Noornabila memberitahu rata-rata suka mengata fizikalnya yang dikatakan terlalu gemuk.
“Muka kembang - nak buat macam mana kalau dah keturunan melayu takde maknya nak slim macam matsalleh.
“Perut besar - habis tu??
“Dah gemuk - gemuk salah , kurus tak cukup zat pulak katanya,” luahnya lagi.
Selain itu, Noornabila turut memuat naik video jawapan pengikutkan di IG Story yang membalas serta respon terhadap soalanya yang bertanya ‘Worst and rudest things to say to a pregnant woman’ .
Noornabila yang kini hamil Sembilan bulan berkahwin dengan Sharnaz Ahmad pada 31 Mac 2017.A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on
Foto: IG Noornabila
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Must-Watch Video