Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Bertahanlah Semua, Suatu Hari Nanti Keadaan Akan Kembali Normal” – Maria Farida

Fiza Kamarudin 14/07/2021 | 11:30 MYT

Siapa tidak kenal pelakon cantik, Datin Maria Farida yang sentiasa menjaga penampilan dan sentiasa kelihatan ceria.

Walaupun sudah menginjak usia 51 tahun, pelakon berwajan Pan Asian ini kelihatan awet muda dan tidak dimamah usia.
Sudah lama tidak menulis tentang pelakon popular era-90an ini, Gempak membuat tinjauan di laman sosial Instagram (IG) Maria.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, salah satu yang menarik perhatian ialah mengenai pesanan Maria kepada semua pengikut di IG supaya terus bertahan mengharungi kesukaran ketika berdepan pandemik Covid-19 ini.
Katanya, pandemik ini telah mengajar banyak perkara dan meninggalkan kesan kepada dirinya, namun tidak sekali-kali dia akan berputus asa.
“Satu perkara yang saya belajar tentang wabak ini ialah tidak memandang remeh tentang sesuatu perkara. Dulu, kita bebas keluar berjumpa rakan tanpa perlu risau sekiranya ada yang menghidap virus.
“Sekarang, nak tinggalkan rumah untuk ke pasar raya pun saya risau. Paranoid jika orang asing datang menghampiri saya.
“Ini adalah perkara buat kita. Tetapi satu perkara yang pasti, tidak ada yang kekal selama-lamanya. Jadi, bertahanlah semua, suatu hari keadaan akan kembali normal Insya-Allah.
“Semua orang sedang berjuang sekarang, jadi berbuat baiklah di antara satu sama lain. Jagalah diri kita dan nikmatilah masa bersama keluarga,” katanya positif.

A post shared by Maria Farida Atienza (@mariafarida)

Kepada para peminat Maria Farida jangan lupa saksikan lakonan beliau menerusi drama drama Ahli Bapak-Bapak Club episod kesembilan malam ini.
Maria memegang watak sebagai Fisha, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak yang berkahwin dengan Nik (Steve Yap).
Bagaimanapun Fisha tidak tahu hubungan baik anak-anaknya dan Nik hanyalah lakonan semata-mata.
Fisha sangat menyayangi keluarganya namun Nik pula semakin risau apabila Qadir (bekas suami Fisya) lakonan Fizz Fairuz, dibebaskan dari penjara.

Nik berasakan Qadir sebagai ancaman dan cuba merampas Fisya daripanya.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Selain Steve Yap dan Maria Farida, Ahli Bapak-Bapak Club turut dibintangi Aiman Hakim, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Luqman Hafidz, Fizz Fairuz, Datin Ziela Jalil dan Amir Masdi.
Drama arahan Tam Suhaimi ini juga boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Manakala kapsul istimewa dalam format temu bual yang memaparkan pelbagai perkongsian santai pengalaman, nasihat serta tips menjadi bapa yang baik dan cool menampilkan karakter utama ‘Ahli Bapak Bapak Club’ iaitu Joe (Aiman Hakim Ridza), Bob (Luqman Hafidz) dan Nik (Steve Yap) pula ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 10.00 malam secara eksklusif di kesemua platform digital Gempak.
#Maria Farida #Pandemik Covid-19 #PKP 3.0 #Ahli Bapak Bapak Club #ABBC #PKP Datang Lagi
;