Laman Utama
“Bertahun Kongsi Resipi Percuma, Murah Rezeki” - 10,000 Botol Sambal Terjual Dalam Masa 54 Minit, Netizen Puji Usaha Khairul Aming
Personaliti media sosial Khairul Aming sebak apabila produk terbaru keluarannya Sambal Nyet terjual sebanyak 10,000 botol dalam masa kurang satu jam.
Menerusi laman sosial Twitter, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman meluahkan rasa terharunya kepada semua yang membeli.
“Alhamdulillah, 10,000 botol Sambal Nyet semua dah sold out dalam 54 minit. Terima kasih semuaaa. Aku nak nangis but i can’t because i have work to do. inshaAllah 2-3 ribu botol pertama akan pos petang ni jugak. Ya Allah takutnya nak bagi beribu orang rasa. Thank you again,” tulisnya menerusi satu ciapan.
Malah menerusi laman sosial juga, Khairul memaklumkan dia mengeluarkan sambal pedas berapi ini setelah empat tahun berkongsi video-video masakan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut sebak melihat perjalanan Khairul yang daripada seorang yang suka berkongsi resipi dan kini memiliki produk sambalnya tersendiri.
Malah, ramai yang turut memuji personaliti Khairul yang bersahaja dan tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi antara penyebab dia disenangi ramai.
“Selama ni you share your recipe, semua free. My lil sister siap buat berniaga lagi dengan recipe you. Dia berniaga masa PKP. Ribu-ribu juga i nampak sale dia. now dah slow sebab dah masuk class. Berkat share ilmu, masa ni la org balas semula. Tq Aming. semoga terus maju jaya,” kata seorang wargamaya.
“Power ni bang. Personal branding for years through providing free recipes for Malaysians. Sampailah keluar produk sendiri. Attraction ramai. And the result....WOW, You deserve it. Memang gila. Gila power,” puji seorang wargamaya.
“Gila gila bang! Saya memang adore abang dari zaman saya tak reti masak tomyam, sekarang dah banyak reti sebab ikut recipe abang. Terima kasih bang mudahkan orang bujang yang tak reti masak ni,” tulis seorang wargamaya.
“Bertahun share resepi percuma, siap ada yang buat bisnes ribu-ribu guna resepi dia. pastu kalau tak silap, dia juga yang initiate untuk bantu content creators hasilkan content2 berkualiti. Tak banyak konflik, orang suka. hasilnya 10k dalam kurang sejam. murah rezeki,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Sambal Nyet yang dijual pada harga RM13.90 sebotol itu mula terjual semalam di platform membeli-belah online Shopee.