Laman Utama

Bertarung Nyawa Sampai Terpaksa Dikomakan, Ibu Tasha Manshahar Covid-19 Stage 5 Survivor! - “Terima Kasih Allah”

Hanafis Haris
09/06/2021
01:49 MYT
Sponsor Banner
Bertarung Nyawa Sampai Terpaksa Dikomakan, Ibu Tasha Manshahar Covid-19 Stage 5 Survivor! - “Terima Kasih Allah”

Selepas bertarung dengan wabak Covid-19 peringkat lima, ibu kepada penyanyi Tasha Manshahar akhirnya telah sembuh.

Perkara itu diumumkan Tasha menerusi satu posting beserta video di Instagramnya baru-baru ini.

Menerusi video itu, Tasha berkongsi video kronologi dari awal ibu dan bapanya dijangkiti virus berkenaan.

Malah, dapat dilihat ibunya mengalami kesan yang agak teruk hingga berlaku masalah pernafasan.

“Ibu dah pakai oksigen, makin semput, sampai gigi mulut boleh menggigil. Jangan lupa jaga ayah,” kata ibunya dalam video berkenaan.

Walau bagaimanapun, Tasha bersyukur apabila ibunya kembali pulih setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat wabak tersebut.

“Terima kasih Ya Allah kerana pilih kami dan berikan kami peluang ini. Terima kasih barisan hadapan Hospital Serdang kerana buat yang terbaik.

“Saya sentiasa doakan ketabahan buat semua waris dan kesembuhan buat #covidfighters yang sedang bertarung. Kita belum menang tetapi kita pasti menang,” katanya.

Terdahulu, Tasha memaklumkan ibu dan bapanya disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian ‘swab test’.

Ibunya kemudian dimasukkan ke ICU Hospital Serdang dan terpaksa dikomakan akibat mempunyai jangkitan paru-paru serta paras oksigen dalam badan kurang baik.

BACA : "Mummy 'Dikomakan' Di ICU, Ada Jangkitan Paru-Paru" - Ibu & Bapa Tasha Manshahar Positif COVID-19

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024