Laman Utama

Bertunang Dalam Masa Terdekat, Shahir Enggan Dedah Wajah Kekasih - “Benda Belum Sahih..”

Azwa Rahman
13/07/2022
23:48 MYT
Sponsor Banner
Bertunang Dalam Masa Terdekat, Shahir Enggan Dedah Wajah Kekasih - “Benda Belum Sahih..”
Juara Akademi Fantasia 8, Shahir mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mendedahkan gerangan wanita yang sedang memiliki hatinya ketika ini.
Meskipun diaju dengan sekeping foto menunjukkan seorang wanita yang didakwa teman wanitanya, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 33, tetap mengunci mulut.
“Kita masih lagi dalam proses, belum ada ikatan. Ye lah, kita bertunang pun belum lagi. Jadi, kita tak mahu menwar-warkan sesuatu benda yang belum sahih.
“Jadi saya mengambil pendekatan untuk tunggu bila masa yang sesuai untuk berkongsi perkara tersebut,” ujarnya kepada Gempak.
Shahir ditemui selepas program siaran langsung MeLETOP pada Selasa.
Jelas pelantun lagu Aku Yang Berdosa itu lagi, pengalaman cinta lampau yang tidak menjadi membuatkan dia lebih berhati-hati berkongsi perihal jodoh.
“Saya dah ada pengalaman sebelum ni dimana orang gembar-gemburkan jadi kita tak mahu perkara yang sama berulang. Jadi tunggu bila dah betul-betul sah nanti.
“Saya selalu berdoa pada Allah, kalau betul sesiapa sahaja adalah jodoh saya, permudahkanlah.
“Alhamdulillah perkenalan saya dengan dia semuanya nampak dipermudahkan. Persiapan berkahwin tu pun kita dah mulakan dan setakat ini semuanya nampak lancar, alhamdulillah,” luahnya lagi.
Terdahulu, hubungan cinta di antara Shahir dan aktres jelita Erra Fazira terputus di tengah jalan dan masing-masing sudah membawa haluan diri.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar