Hiburan
"Beruntung Ayu & Zaquan, Empat Orang Anak Syurga Sudah Menanti Di Sana" - Che Ta
Pelakon jelita Rozita Che Wan menyifatkan adiknya Ayu Raudhah dan adik iparnya Zaquan Adha sebagai ibu bapa yang beruntung memiliki anak-anak syurga.
BERITA TRENDING: #GempakVideoNews : Zaquan Minta Beri Ruang, Masih Lagi Terkejut Kehilangan Anak Bongsu - “Baby Dalam Keadaan Sihat Dan….”
BERITA TRENDING: “Kami Hanya Mampu Cakap Dia Akan Ke Syurga” - Zaquan Adha Cuba Tenangkan Anak-Anak, Menangis Tanya Adik Kemana?
Menerusi kemas kini di TikTok, jelas Che Ta, dia amat memahami kesedihan yang dilalui pasangan itu selepas kehilangan anak bongsu Muhammad Aisy Al Rees kelmarin.Namun, dia percaya ada hikmah atas setiap peristiwa yang berlaku.
"Mummy dan daddy sangat beruntung dikurniakan anak syurga ini, pinjaman penuh kenikmatan.
"Beruntungnya Ayu dan Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana.
"Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, insya-Allah," katanya.
BERITA TRENDING: “Pinjaman Syurga... Dari Lahir Sampai Hembusan Nafas Akhir, Dia Tak Pernah Menyusahkan” - Ayu Raudhah
BERITA TRENDING: “Hal Ini Privasi, Biar Saya, Isteri & Anak-Anak Saja Yang Tahu” - Zaquan Adha Mohon Ruang, Masih Terkejut Kehilangan Anak Bongsu
BERITA TRENDING: "Ayu Panggil Ambulans Sebab Tengok Baby Dah Tak Sedarkan Diri, Meninggal Dunia Ketika Tidur" - Che Ta
Dalam pada itu, Che Ta turut mengenang ingatan bersama-sama Allahyarham anak saudaranya ketika masih dikandung hayat selama beberapa bulan selepas dilahirkan."Dalam galeri telefon mak ngah ini banyak sangat gambar Raees. Setiap hujung minggu, kalau Raees tak datang, mak ngah yang akan ke Seremban. Baby yang sangat baik, terlalu baik dan luar biasa.
"Semalam, dapat juga kami semua tidur dengan baby Raees untuk kali terakhir. Selamat jalan anak syurga, damailah kamu di sana sayangku," tambahnya.
Terdahulu, Zaquan memaklumkan khabar duka itu menerusi hantaran di Instagram Stories pada petang Selasa.@rozitachewan1 Dlm galery fon mak ngah ni byk sgt gambar baby Raees . Setiap week end kalau Raees tk mai KD, mak ngah akan p Seremban .. Baby yg sgt baik , terlalu baik , luar biasa.. Mummy & Daddy sgt beruntung dikurniakan anak syurga ini ..pinjaman yg penuh kenikmatan #6bulan9hari ♬ Bila Waktu T'lah Berakhir - Opick
Urusan jenazah selesai pada sebelah malamnya dan Allahyarham telah selamat disemadikan pada pagi Rabu.
Untuk info, Ayu selamat melahirkan anak ketujuhnya pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Must-Watch Video