Berita
“The Best Sunday Ever!”- Faralyna Idris Kongsi Pengalaman Berehat Dari Media Sosial
Pelakon Faralyna Idris mendedahkan Ahad lalu merupakan hari yang terbaik buatnya apabila dia membuat keputusan berehat sebentar dari media sosial.
Menurut Faralyna, dia dapat meluangkan lebih masa berkualiti bersama keluarga selepas meninggalkan telefon bimbitnya seharian.
Faralyna berkongsi pengalaman tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
“So yesterday (THE BEST SUNDAY EVER! ), Bonda decided to take one day break from the social media.
"Korang perasan Bonda tak post anything kan? Not even on my igstory (K, i lied. Okay lah. 1 quote je semalam post).
“But ya.. I was not on Instagram yesterday like I always do, update itu ini. Dont get me wrong okay.. Bonda memang suka share anything about me, about my family, and ape ape je benda yang best kitorg buat, Bonda memang more happy to share with everyone here on Instagram.
"Tapi, kadang-kadang Bonda rasa, kene ada 1 masa yang free-from-socmed (sosial media) kejap. And I think that taking a break for one day from it is actually a good idea.
“Like yesterday, I get to spent more quality time with my family. We didnt go out pon semalam. Kitorg lepak rumah je tapi mcm rasa YA ALLAH BESTNYA!
"To be honest, semua benda happened semalam berjalan seperti hari hari Ahad yang sebelum ni tapi I can really feel the time spent tu, lain.
"Bila Bonda takde nak tengok phone sangat sebab nak buka Instagram (priority tau ni bila buka phone). I was not on WhatsApp sangat.
"Dalam kepala pon tak ada sibuk nak update apa-apa sangat. I dont know but I just feel good,” tulisnya.
Menerusi kemas kini tersebut, Faralyna turut memuat naik fotonya bersama anaknya.
Tambah pelakon itu lagi, dia mahu memberi kesedaran kepada semua bahawa sosial media bukan segalanya.
Malah Faralyna turut mengajak semua terutama ibu bapa cuba lakukan perkara yang sama sepertinya untuk merasai pengalaman yang serupa.
“What I’m trying to share here is, ramai orang rasa macam socmed ni adalah segala-galanya. Trust me, it’s not.
"Sharing everything, “mencari” benda untuk tengok/baca on socmed bukan satu perkara yang exciting macam kita selalu rasa sebenarnya.
"Carilah, cari. Pastu kejap lagi terjumpa apa-apa yang “menarik” tu, mula lah nak iri hati, nak tiba-tiba kecil hati, nak bercakap pasal benda tu dengan orang lain, faham tak maksud Bonda?
“Bila kita terlalu bergantung pada socmed, dekat sini boleh jadi salah-guna-socmed tu. Tujuan kita jadi lain dan terpesong dengan sebab “suka sangat” berhubung online ni.
“Sekali sekala, kita cuba offline sekejap. Kita akan lebih hargai sekeliling kita. Percayalah. Bonda sayang everyone here.
"And I am more happy to share anything with all of you. Cuma ada benda benda yang Bonda simpanlah sikit, untuk family Bonda okay?
"So ya, I'm back. Dan selalu Bonda berharap, semoga semua benda yang Bonda share tu, bermanfaat untuk korang dan secara tak langsung boleh buat korang feel good juga,” katanya lagi.
Rata-raya pengikutnya bersetuju dengan pendapatnya dan mendapat inspirasi dari perkongsian tersebut.
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014. Mereka turut dikurniakn dua orang cahaya mata Fira Anggun, 4, dan Fira Ayu, 1.