Laman Utama

Beto Kusyairy Setuju Media Sosial Jadi 'Outlet' Mengadu, Melepas Marah - "Moga Dapat Perhatian & Bantuan, Bukan Diperlekeh!"

Amri Hassan
15/07/2021
12:50 MYT
Sponsor Banner
Beto Kusyairy Setuju Media Sosial Jadi 'Outlet' Mengadu, Melepas Marah - "Moga Dapat Perhatian & Bantuan, Bukan Diperlekeh!"
Pelakon Beto Kusyairy bersetuju sekiranya media sosial dijadikan tempat untuk pengguna berkongsi luahan hati, mengadu dan melepaskan amarah.
Kata Beto, adalah menjadi lebih baik untuk melepaskan apa yang terbuku di hati berbanding memendam perasaan.
"Setuju kepada Tuhan kita mengadu dan memohon, tapi socmed (social media) juga boleh dijadikan outlet buat melepas amarah dan tekanan yang terbuku.
"Di kala ini, meredakan sesak di dada itu lebih baik dari terus dipendam.
"Banyak dah kes gantung diri dan terjun bangunan ni brader. Mudah-mudahan mendapat sedikit perhatian atau lebih baiknya bantuan dari kengkawan. Bukan diperlekeh dan dibahasakan," tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Tindakan berkongsi di media sosial kata Beto lagi mampu meredakan perasaan selain menjadi medium untuk berbagi rasa dan malah tidak mustahil mendapatkan bantuan.
"Bagaimana nak 'contribute' bila keluarga dan diri berkeadaan genting? Jadi biarlah mereka meluahkannya di sini. Anda patutnya lebih tahu, sepatutnyalah," tambahnya.
Beto turut berkongsi pandangan segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan tindakan mengadu dan berkongsi pandangan atau luahan perasaan di media sosial.
Nasihat Beto, situasi individu berbeza-beza dan tidak adil untuk mengguna pendekatan pukul rata melabelkan sesetengah pihak sebagai malas berusaha tapi hanya berkicau di media sosial.
Pandangan Beto disokong ramai memandangkan tidak semua yang selesa untuk meluahkan secara berdepan atau bercakap dengan individu lain.
Tidak mempunyai kenalan yang ramai juga menjadikan media sosial satu wadah untuk berbicara dan meluahkan perasaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar