Hiburan

Betul Ke Arang Boleh Putihkan Gigi? Ini Penjelasan Dr Amalina Bakri

Asraf Aided
12/11/2018
11:11 MYT
Sponsor Banner
Betul Ke Arang Boleh Putihkan Gigi? Ini Penjelasan Dr Amalina Bakri
Doktor selebriti, Dr Amalina Che Bakri menjelaskan tentang isu pemutihan gigi dengan menggunakan produk berasaskan arang.
Kenyataan itu dibuat Amalina menerusi status di akaun Twitter miliknya.
Menurut Amalina, secara saintifiknya, arang hanya membersihkan gigi dan tidak berfungsi untuk memutihkan gigi seperti yang disangka ramai.
"Arang tidak memutihkan gigi, based on published studies, there is no evidence that charcoal can whiten your teeth.
"It cleans your teeth but it does not whiten your teeth.
"Penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi anda nipis, it can weaken your enamel," tulisnya Dalam pada itu, Amalina turut menyarankan orang ramai untuk mendapatkan rawatan dari doktor gigi yang sahih jika mahu melakukan pemutihan gigi.
Terdahulu, Amalina telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang dengan meraih 17A1 dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar