Laman Utama

Betul Ke Aurel Hermansyah Sengaja Lahirkan Anak Secara Pembedahan Kerana Nak Tarikh Lahir Cantik? Ini Penjelasan Ibu Tirinya, Ashanty

Izwan Isa
24/02/2022
13:50 MYT
Sponsor Banner
Betul Ke Aurel Hermansyah Sengaja Lahirkan Anak Secara Pembedahan Kerana Nak Tarikh Lahir Cantik? Ini Penjelasan Ibu Tirinya, Ashanty
Kelmarin, selebriti Indonesia popular, Aurel Hermansyah selamat melahirkan anaknya menerusi kaedah pembedahan.
Sungguhpun segalanya kelihatan normal, namun, tarikh kelahiran bayi Aurel dan suaminya, Atta Halilintar jatuh pada tarikh cantik iaitu 22 Februari 2022.
Baik Aurel mahupun Atta, masing-masing masih belum membuka mulut berbicara mengenai kelahiran anak pertama mereka. Tetapi, ibu tiri kepada Aurel iaitu Ashanty terlebih dahulu bersuara mengenai hal berkenaan.
"Sebenarnya mereka tidak pilih-pilih tarikh. Sebab memang doktor mengatakan yang Aurel perlu melahirkan anak menerusi proses pembedahan. Jadi, sudah kebetulan pembedahan itu jatuh pada tarikh yang cantik” kata Ashanti kepada KapanLagi.
Sebelum Aurel memutuskan untuk melahirkan secara pembedahan, ayah kepada Atta iaitu Halilintar Anofial Asmid sempat meminta agar menantunya itu memilih kelahiran anak secara normal.
Justeru, ada yang bertanya, adakah ia tidak bertentangan dengan permintaan bapa mertuanya?
Ashanty menjawab: “Tidak mengapa… apa yang penting anaknya sihat, cucunya sihat. Dari semalam kita sudah video call, ketawa-ketawa. Semuanya gembira tak sabar nak dukung Baby A,” tutur Ashanty.
Melanjutkan bicara, tambah Ashanty, tidak ramai yang dapat menemani Aurel di hospital ketika proses melahirkan anaknya.
"Tak boleh semua, kerana masih lagi PPKM (Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat). Jadi yang temankan Aurel hanyalah saya, suami saya, Anang dan Azriel.
"Kita sekeluarga gembira. Semua support temankan dan mudah-mudahan doakan semua berjalan lancar, sehingga Aurel sembuh sepenuhnya,” katanya lagi.
Untuk rekod, Aurel dan Atta mendirikan rumah tangga pada 3 April 2021.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar