Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Beyonce Dominasi 9, BTS ‘Sangkut’ 3 Pencalonan Grammy Awards 2023

Maliah Surip 16/11/2022 | 08:31 MYT

Anugerah Grammy Awards 2023 baru mengeluarkan senarai pencalonan edisi terkini muzik berprestij dunia itu.

Beyonce mencipta rekod apabila mendominasi Grammy Awards 2023 dengan sembilan pencalonan.
Bukan pencalonan ‘biasa biasa’ sebaliknya tiga daripadanya masuk daIam kategori utama iaitu Record of the Year, Song of the Year, dan Album of the Year.
Lagu Break My Soul milik Beyonce dicalonkan untuk Record of the Year dan Song of the Year, serta Renaissance untuk Album of the Year.
Penyanyi itu juga mendapatkan pencalonan untuk Best Dance/Electronic Recording dan Best Dance/Electronic Music Album, Best R&B Performance, Best Traditional R&B Performance, Best R&B Song, Best Song Written for Visual Media, dan Best Remixed Recording.
Duduk di belakang isteri Jay Z tersebut adalah Kendrick Lamar dengan 8 pencalonan dan tiga daripadanya adalah anugerah tertinggi iaitu untuk Record of the Year, Song of the Year dan Album of the Year.
Selain Beyonce dan Lamar, nama nama besar Hollywood termasuk Adele, Harry Styles dan Taylor Swift juga mendapat lebih daripada lima pencalonan.
Dan di sebalik dominasi bintang Barat, kumpulan terkenal asal Korea Selatan, BTS, sekali lagi tercalon dalam Grammy Awards.
Kali ini BTS tercalon dalam tiga kategori termasuk Best Pop Duo/Group Performance dan Best Music Video untuk edisi Grammy Awards 2023.
Grammy Awards 2023 dijadual berlangsung pada 5 Februari 2023 di Crypto.com Arena, Los Angeles, California.

#Hollywood #Beyonce #BTS #Grammy Awards #Pencalonan
;