Laman Utama

Biadab… Diberi Peluang Nyanyi Di Arab Saudi, Iggy Azalea Hina Nabi

Maliah Surip
04/09/2023
11:50 MYT
Sponsor Banner
Biadab… Diberi Peluang Nyanyi Di Arab Saudi, Iggy Azalea Hina Nabi
Arab Saudi kini memang terbuka memanggil dan menerima kunjungan para selebriti dunia termasuk penyanyi melakukan konsert atau persembahan.
Salah satunya adalah penampilan Iggy Azalea yang membuat persembahan dalam sebuah pertandingan e-sports (e-sukan) iaitu Gamers8.
Malangnya penyanyi kelahiran Australia ini bersikap biadab apabila didakwa menghina nabi selain cuba menyebarkan fahaman anti-Islam.
Hal itu berlaku saat dia mendendangkan salah satu lagunya yang berjudul Goddes, lapor middleeasteye.net.
Lirik lagu tersebut disifatkan kontroversi yang berbunyi: ‘preaching about prophets, it ain't no one man can stop us, bow down to a goddess’.
Jika diterjemahkan, Azalea antaranya meminta agar ‘bersujud kepada dewi’ — hal yang sama sekali syirik di dalam Islam.
Selain lirik tersebut yang dianggap biadab, Azalea juga dikatakan mengajak wanita melaungkan slogan ‘wanita, mana suara anda? Ini dunia wanita!’
Tindakannya itu telah mendapat kritikan dalam kalangan masyakarat sama ada di dalam negara mahupun di seluruh dunia.
Di atas tindakan yang tidak bermoral dan bertentangan dengan peraturan persembahan di Arab Saudi, persembahan Azalea telah dihentikan.
Ironi persembahan Azalea sudah menimbulkan kontroversi sejak awal apabila busana seksi yang dipakainya mengalami kegagalan.
Namun dia menyalahkan penganjur dan peraturan yang dikeluarkan pihak Arab Saudi selepas persembahannya dihentikan separuh jalan.
“Saya sangat menyesal tidak diberikan peluang menghabiskan persembahan. Ini keputusan pihak berkuasa,” cuitnya di X sebelum dihapuskan.
BACA: Iggy Azalea Nafi Hubungan Bersama Tyga​
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar