Laman Utama
“Biar Jadi Suprise” - Sarat Hamil 8 Bulan, Farah Nabilah Dan Suami Tidak Mahu Tahu Jantina Anak
Pelakon Farah Nabilah mahu membiarkan jantina anaknya sebagai kejutan meskipun kehamilannya sudah menjangkau usia lapan bulan.
Menurut Farah, dia dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus amat bersyukur dengan kehadiran zuriat sulung dan berharap proses kelahiran berjalan lancar.
“Saya dan suami masih belum tahu jantina anak sebab anak pertama, kami tidak kisah bayi lelaki dan perempuan asalkan dia dalam sihat. Barang-barang pun kami beli yang warna nuetral dan biar bayi yang beri kami kejutan.
“Gementar sebenarnya nak sambut kelahiran bayi pertama ni. Tak tahu apa yang kami patut jangka tapi saya berpegang pada prinsip kalau ibu kita boleh bersalin lima, enam anak, saya rasa kita pun mesti boleh buat.
“Kalau boleh saya nak melahirkan anak secara normal,” jelas Farah kepada Gempak.
Farah ditemui ketika majlis pelancaran pejabat pengurusan produknya di Catson Global (M) Sdn. Bhd. di Skypark @ One City, Subang Jaya, Selangor pada Rabu.
Tambahnya lagi, dia bersyukur apabila masih boleh bergerak aktif dan kini rancak menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
“Setakat ini alhamdulillah kehamilan saya berjalan dengan lancar dan sebab itu juga saya boleh menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
“Kalau ikutkan saya nak aktif berlakon juga tapi ada produksi yang dah tak mahu ambil sebab perut dah besar,” ujar Farah berseloroh.
Sekadar info, Farah dan Amirul yang merupakan seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.