Laman Utama

Biarkan Ayam Terdedah Lama Di Singki Punca Keracunan Makanan, Dr Malar Kongsi Tips Defrost Yang Betul

Shahrin Zulkifle
05/03/2023
14:00 MYT
Sponsor Banner
Biarkan Ayam Terdedah Lama Di Singki Punca Keracunan Makanan, Dr Malar Kongsi Tips Defrost Yang Betul

Umum mengetahui pempengaruh media sosial bernama Dr Malar sering berkongsi tips mengenai penjagaan kesihatan, perubatan, pengambilan makanan dan pelbagai lagi di laman sosial miliknya kepada umum.

Terbaharu, Dr Malar menerusi laman TikTok menegur sikap sesetengah individu yang melakukan cara nyahbeku ayam yang salah sehingga dikhuatiri akan menyebabkan punca keracunan makanan.

Kata Dr Malar, kebanyakkan orang akan membiarkan daging ayam menjadi lembut di bawah air yang mengalir dalam tempoh masa yang lama. Hal itu menyebabkan bakteria boleh tumbuh dan membiak.

“Bila keluarkan ayam atau daging dan biarkan dalam sinki atau bawah air yang mengalir terlampau lama, ia boleh menyebabkan keracunan makanan.

“Ayam yang lembut terkena air dan berada di luar iaitu suhu bilik lebih daripada empat jam. Ayam yang lembut itu akan menjadi rumah atau pesta untuk kuman serta bakteria membiak dan beranak pinak.

“Ini adalah punca utama kenapa keracunan makanan sering berlaku terutama bila anak kena cirit birit. Sedangkan tidak makan atau beli makanan luar, hanya makan di rumah sahaja,” kongsinya.

*embeed

Dalam masa sama, Dr Malar turut berkongsi beberapa langkah yang betul untuk nyahbeku daging ayam yang keras selepas di keluarkan daripada peti sejuk.

“Jadi cara untuk nyahbeku (defrost ) ada dua cara yang betul dan selamat. Pertama guna microwave, tekan defroze kemudian settle. Cara kedua, keluarkan ayam daripada tempat beku dalam peti ais dan bawa ke bahagian chiller yang bukan beku.

“Cara lain boleh juga letak bawah air yang mengalir tetapi kena letak cuka dan garam sikit. Ingat semua terutama yang meniaga dan tukang masak jangan biarkan ayam atau daging terlampau lama di luar lebih daripada empat jam dalam keadaan suhu bilik yang panas,” katanya lagi.

Rata-rata wargamaya di ruangan komen mengambil maklum mengenai perkara tersebut selain berterima kasih kepada Dr Malar di atas perkongsian itu.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut menerima 1.4juta tontonan dan 70,000 tanda suka.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar