Berita

"Biarlah Buat Majlis Kahwin Nanti Proper Sedikit" - Raja Afiq Buka Mulut Isu Tunang Senyap-Senyap Dengan Peserta Suara Viral, Soffwany

ZULHILMI JALIL
12/06/2020
08:17 MYT
Sponsor Banner
"Biarlah Buat Majlis Kahwin Nanti Proper Sedikit" - Raja Afiq Buka Mulut Isu Tunang Senyap-Senyap Dengan Peserta Suara Viral, Soffwany
Pelakon Raja Afiq memberitahu bahawa sebolehnya dia memang enggan menghebohkan berita mengenai pertunangannya dengan peserta program Suara Viral, Soffwany.
Begitupun, menurut Raja Afiq, 26, dia kemudian mengambil pendekatan untuk berkongsi hal tersebut selepas bimbang sekiranya timbul spekulasi atau fitnah dalam kalangan masyarakat sekeliling apabila melihat mereka berdua.
"Kalau boleh memang tak nak kecoh-kecoh. Lagipun kami masih baru bertunang. Takutlah juga apabila nanti kalau tak jadi ke apa, dah jadi tak seronok kan.
"Cuma, apabila saya fikir balik, bila saya keluar dengan dia, orang nampak, apa pula orang akan bercakap, jadi, biarlah orang tahu. Itu pun Soffwany yang kongsikan di Instagramnya sahaja selepas saya bersetuju," katanya kepada Astro Gempak.
Menurut Raja Afiq, jika diberi keizinan, dia sememangnya mahu mempercepatkan majlis perkahwinan.
Begitupun, sebolehnya, biarlah majlis resepsi mereka nanti itu dilakukan dalam satu suasana meriah tanpa sebarang halangan untuk menerima kehadiran tetamu yang ramai.
"Insya-Allah, tengoklah macam mana selepas ini. Lagipun, sekarang kita ada halangan kerana masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
"Kalau boleh, nak buat majlis yang proper sedikit...jemput tetamu datang semua. Lagipun, saya ini satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Nak kahwin pun sekali je seumur hidup kan," katanya ketika ditanya mengenai idea untuk berkahwin secara ringkas di musim PKPP.
Sehingga kini majlis perkahwinan antara aktiviti yang masih dilarang untuk dilakukan dalam tempoh PKPP sehingga Ogos depan.
Sebelum ini, Soffwany mendedahkan bahawa dia dan Raja Afiq sudah mengikat tali pertunangan pada Mac lalu.
BACA: "Kami Bertunang Bulan Mac Lalu Di JB" - Kenal 3 Bulan, Soffwany & Raja Afiq Nak Kahwin Bulan Ogos, Tapi...
Pasangan itu dikatakan mula berkenalan menerusi laman sosial Instagram.
Saksikan drama lakonan Raja Afiq di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar