Laman Utama

“Biarlah Mummy Terpaksa Makan Banyak…”- Jihad Mona Allen Menyusukan Anak

Syafiqah Jalal
16/11/2022
11:46 MYT
Sponsor Banner
“Biarlah Mummy Terpaksa Makan Banyak…”- Jihad Mona Allen Menyusukan Anak
Pelakon Mona Allen akui sanggup berkorban apa sahaja demi memberi penuyusan penuh kepada cahaya matanya, Petra yang kini baru berusia Petra Pekin, tiga bulan.
Menurut Mona bukan mudah untuk mengekalkan penyusuan badan malah pernah mengalami pelbagai cabaran sepanjang bergelar ibu.
“Selagi ada susu dibadan mummy, akan mummy berikan seluruhnya pada kamu..Biarlah mummy terpaksa minum dan makan banyak utk pengeluaran susu yang optimum, janji kamu ceria dan sihat sentiasa..
“Biarlah mummy terpaksa berjaga malam untuk menyusukan kamu, janji kamu tidak menangis kehausan..Biarlah mummy duduk berjam-jam lamanya, janji kamu selesa menyusu dalam keadaan begitu..
“Biarlah mummy bawa kamu ke sana ke sini, janji kamu tidak putus susu dengan mummy..,” luahnya.
Mona berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi sentry berkenaan dia memuat naik foto anak lelakinya.
Pun begitu, Mona bersyukur kerana suaminya, Pekin Ibrahim seorang suami dan bapa yang sangat membantu dan menyokong penyusuan badan.
“Ya.. Mummy mengaku penyusuan bukan semudah ABC. Bila susu drop.. Mummylah orang yang paling sedih dan susah hati..
“Mujur Daddy banyak membantu.. Daddy selalu urut belakang Mummy untuk memperbanyakkan penghasilan susu.. Daddy juga sentiasa belikan mummy makanan yang sedap-sedap..
“Bila mummy terlelap, Daddy biarkan mummy rehat dan tidur sebentar.. Daddy mengerti, ini perjuangan mummy..Daddy sentiasa support mummy.Thanks Daddy!,” ceritanya.
Justeru, Mona berharap agar dia serta ibu-ibu lain terus kuat dan tidak putus asa dalam berjuang menyusukan bayi mereka.
“Ya Allah.. kau murahkanlah rezeki susu buat anakku.. Kau kuatkan kudratku untuk terus memberi susu yg terbaik buat anakku..
“Hindarkanlah perkataan malas dalam diriku.. Dan kau berilah kesihatan yang baik untukku terus menjaga anakku..
“Anda ibu menyusukan anak?Jangan putus asa ya, sebab kita ibu yang hebat,” nasihatnya.
Terdahulu, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 41, pada 7 Disember 2018.
Pasangan itu dikurniakan putera sulung pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos 2022.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar