Laman Utama

“Bibir Dia Ya Allah Comelnya!” - Nur Aria Mikayla, Anak Kedua Elfira Loy Jadi Perhatian

Mya Amri
27/05/2022
12:31 MYT
Sponsor Banner
“Bibir Dia Ya Allah Comelnya!” - Nur Aria Mikayla, Anak Kedua Elfira Loy Jadi Perhatian
Pelakon Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairul Anuar memilih nama yang cukup indah buat puteri mereka iaitu Nur Aria Mikayla.
Selain nama, Elfira juga turut memuat naik foto terbaharu anak keduanya secara jelas selepas tujuh hari bersalin.
“BismillahiMashaAllah, pada 20 Mei kami telah dirahmati dengan kehadiran puteri kami. Assalamualaikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris.
“Doa adalah penguat setiap harapan. Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yanh diberikan kerahmatan berpanjangan, kasih sayang yang tidak henti, tidak putus rezeki di dunia dan di akhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti,” tulisnya.
Dalam pada itu, wajah terbaharu puteri Elfira itu juga menarik perhatian netizen.
Rata-ratanya memuji kecomelan dan juga bibir Nur Aria Mikayla yang cantik.
Elfira dan Faris berkahwin pada 1 Januari 2019 dan perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar