Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bidaan Jam Rolex Dr Zul Ditutup Pada Harga RM135,000: “Semoga Allah Ganjari Niat Murni…”

Maliah Surip 01/11/2023 | 01:19 MYT
Jam tangan Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akhirnya berjaya dibida pada harga tertinggi sebanyak RM135,000.
Perkara tersebut diumumkan oleh Zulkifli menerusi Facebook miliknya, pagi tadi. Bersama pengumuman tersebut, beliau juga memberitahu akan bertemyu dengan pemenangnya pada petang ini.
“Bidaan Jam Rolex untuk Palestin telah tamat. Terima kasih kepada pembida yang telah membida. Semoga Allah ganjari niat yang murni dengan balasan selayaknya.
“Jumlah bidaan yang tertinggi adalah RM 135,000. InsyaAllah , saya akan bertemu pemenangnya petang ini,” tulisnya seperti dilihat Gempak.
Kelmarin, Zulkifli memaklumkan melelong jam tangan Rolex kesayangannya dengan harga tapak RM40,000 dan hasil jualan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat yang menderita di Palestin.
Zulkifli kemudian memberitahu bidaan ditutup tepat pukul 12 malam tadi.
Dalam hantaran pertama, Zulkifli turut berkongsi kisah di sebalik jam berkenaan yang dihadiahkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz.
#Viral #Palestin #Dr Zulkifli #Rolex #Bida
;