Laman Utama

#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”

Izwan Isa
29/05/2023
09:50 MYT
Sponsor Banner
#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Sejak tampil mengisi kerusi juri tetap Big Stage 5 pada tahun ini, nama penyanyi Aina Abdul sering menjadi sebutan, dek busana ‘over the top’ yang digayakan saban minggu.
Sehinggakan, ada segelintir menuduh pihak produksi yang sengaja meminta Aina berpakaian sebegitu sehingga menghalang pandangan penonton yang hadir ke auditorium.
Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, pihak produksi sama sekali tidak terlibat dalam menentukan konsep pakaian mana-mana juri, dan Aina Abdul juga tidak terkecuali.
“Aina mempunyai Glam Team sendiri dan seperti kita dan ramai peminat industri muzik tempatan tahu, Aina sering tampil dengan fesyen luar biasa atau ‘larger than life’.
“Dia sering menjadi bualan ramai dan mendapat pelbagai reaksi netizen menerusi fesyen inovatifnya. Malah itulah trademark Aina sebelum muncul sebagai juri dalam Big Stage musim ke 5 di Astro RIA,” katanya kepada Gempak.
Ditanya adakah pihak produksi ada menegur Aina untuk tampil lebih minimalist pada konsert akan datang, Norzeha berkata: "Setakat ini, pakaian Aina tidak mengganggu pandangan penonton yang menonton dalam dewan.
“Hal ini kerana ketinggian pentas Big Stage berukuran 3 kaki tinggi dan tiered seating di Dewan MBSA, di mana kedudukan seat penonton bahagian belakang lebih tinggi dari penonton hadapan.
“Malah pihak produksi juga tidak menerima sebarang komen atau aduan daripada mana-mana penonton, terutamanya penonton yang duduk berhampiran dengan Aina.
Untuk rekod, Aina merupakan juri tetap bagi Big Stage 5, bersama komposer dan penyanyi tersohor Ajai.
Big Stage 5 bakal berlangsung selama sepuluh minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar