Laman Utama

#BIGSTAGE5: “Saya Belum Bertudung…” - Bawa Lagu Kerohanian, Nadeera Mohon Maaf, Perjelas Salah Faham Konsep Baju

Mya Amri
22/05/2023
09:50 MYT
Sponsor Banner
#BIGSTAGE5: “Saya Belum Bertudung…” - Bawa Lagu Kerohanian, Nadeera Mohon Maaf, Perjelas Salah Faham Konsep Baju
Persembahan bintang Big Stage 5, Nadeera Zaini yang menyampaikan lagu Rahmatun Lil’ Alameen nyanyian asal Maher Zain mendapat perhatian netizen.
Bukan dari segi persembahan sebaliknya penampilannya ketika menyampaikan lagu tersebut menjadi bualan netizen.
Rata-ratanya mengatakan rasa tidak selesa dan menganggap pakaian Naseera tidak bersesuaian dengan lagu berbentuk ketuhanan yang disampaikan.
Tidak mahu salah faham berpanjangan, Nadeera tampil memberikan penjelasan.
“Saya tahu mungkin ramai yang kecam… Saya masih belum bertudung tetapi membawa lagu berkonsepkan kasih sayang kepada Rasulullah SAW.
“Saya dah pernah masuk banyak pertandingan tetapi saya tak pernah sampaikan mesej yang bagus kepada peminat-peminat di luar sana.
“Kali ini apa kata tema cinta kita bagi mesej yang baik kepada semua orang. Jadi saya pun terfikir, saya belum berhijab tapi nak sampaikan mesej sebegitu.
“Kalau saya berhijab, kalau saya tutup terus malam ini mungkin orang akan cakap mempersendakan agama. Saya takut orang berkata demikian.
“Jadi saya dan juga team berbincang, kami tampil sekurang-kurangnya bertutup dan sopan. Tapi saya tahu, saya tidak salahkan orang di luar sana.
“Netizen-netizen boleh cakap apa sahaja, yang salah itu saya tahu datangnya dari saya dan saya akan memperbaiki lagi selepas ini,” jelasnya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Nadeera menerusi akaun Instagramnya turut memohon maaf atas penampilannya dan menerima segala kritikan dengan hati terbuka.
“Pada awalnya Nad keliru memikirkan konsep yang sesuai untuk lagu Rahmatun Lil' Alameen, baik dari susunan lagu, pakaian serta konsep persembahan.
“Susunan lagu asal nyanyian Maher Zain kurang sesuai dengan pertandingan, jadi Nad bersama team management harus menyusun semula agar ia kena dengan mood pertandingan dan sesuai dengan nada suara Nad.
“Selepas berhempas pulas, akhirnya muncul dengan konsep akhir yang Nad tampilkan sebentar tadi. Terima kasih kepada team production, musician, arranger, glam team dan management team yang memberikan Nad kerjasama yang baik.
“Namun, ada yang memberi komen pakaian yang Nad gayakan kurang sesuai dengan persembahan malam ini.
“Nad menyusun 10 jari memohon maaf atas kekhilafan yang terjadi. Nad terima segala komen serta saranan dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.
“Nad akan memperbaiki kesilapan dan terus berusaha memberikan yang terbaik, Insya-Allah,” tulisnya.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap dan minggu ini juri jemputannya pula adalah Ernie Zakri.
Pentas Big Stage 5 diserikan lagi dengan kemunculan pelakon, Mierul Aiman sebagai Presiden Netizen.
Terdahulu, Naufal menjadi bintang kedua tersingkir selepas Isaac Voo.
Naufal telah menyampaikan lagu Only yang dipopularkan oleh penyanyi Korea, Lee Hi.
Manakala bintang yang masih bersaing dalam Big Stage 5 adalah Firdaus Rahmat, Meer Nash, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.
Bintang luar negara pula ialah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar