Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#BIGSTAGE5: “Saya Rasa Aina Tak Suka Saya…” - Farhan Shah Boleh Agak Nama Dipilih Untuk Imuniti -X

Mya Amri 12/06/2023 | 08:45 MYT
Bintang Big Stage 5, Farhan Shah mengakui merasakan dirinya tidak disukai oleh juri tetap Big Stage 5 iaitu Aina Abdul.
Menurut Farhan, dia sudah menjangkakan Aina akan memilih namanya untuk Imuniti-X bagi menyelamatkan Dem Lepak Boyz.
“Saya dah jangka akan tersingkir minggu ini. Sebenarnya dari minggu lalu bila Aina beri saya 39 markah, sejujurnya saya agak keliru.
“Kenapa markah paling rendah daripada Aina, jadi saya cuba mencari apa kesalahan saya dan mungkin ada flat atau pun sedikit sharp dari segi vokal.
“Tetapi saya rasa saya tidak patut dapat 39 markah minggu lalu. Jadi mungkin disebabkan itu juga saya merasakan akan tersingkir minggu ini.
“Saya sudah berikan yang terbaik untuk minggu keenam ini. Saya benar-benar berpuas hati dan saya teruja untuk move on.
“Mana tahu ada rezeki saya dalam bidang lakonan, nyanyian dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Bagaimanapun kata Farhan dia menerima penyingkiran itu dengan hati yang terbuka.
“Terguris hati tu... Sebenarnya dari minggu lalu lagi saya dapat rasakan Aina betul-betul tak suka saya. Saya rasalah… Mungkin dari segi vokal atau pun persembahan, saya benar-benar tidak tahu.
“Kalau boleh saya ingin mendengar sendiri daripada Aina apa yang dia fikirkan tentang saya sebab dari minggu lalu saya tidak dapat penjelasan daripada Aina kenapa markah saya paling rendah.
“Jadi Imuniti-X itu saya sudah boleh agak Aina akan pilih saya berbanding Dem Lepak Boyz. Tetapi saya terima keputusan itu," jelasnya.
Dalam pada itu, Farhan juga menyatakan dia mempunyai perancangan untuk menghasilkan single pertamanya di Malaysia.
“Bila tersingkir, saya agak sedih sebab akan berpisah dengan keluarga Big Stage 5. Saya paling rapat dengan Hoondoo dan Waode.
“Tetapi dalam masa yang sama saya juga berasa gembira kerana mempunyai banyak perancangan antaranya mengeluarkan single pertama saya di Malaysia.
“Saya mahu membalas kembali kepada semua keluarga Malaysia yang mengundi saya dan ini boleh dikatakan hadiah saya kepada mereka.
“Saya berterima kasih dan menghargai sokongan peminat dan saya tidak akan berputus asa,” jelasnya.
BACA: #BIGSTAGE5: Waode 100 Markah! Nadeera Zaini Dapat Standing Ovation Rossa, Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri
Selapas Isaac Voo tersingkir menerusi Imuniti-X di minggu kedua, kini Farhan Shah juga menerima nasib yang sama.
Farhan diumumkan sebagai bintang keempat tersingkir di konsert Big Stage minggu keenam sekaligus menyelamatkan Dem Lepak Boyz yang sepatutnya tersingkir.
Bintang dari Singapura itu menyampaikan lagu Fighter nyanyian asal oleh Christina Aguilera nampaknya gagal menambat hati juri untuk terus bertanding di pentas Big Stage.
Terdahulu, Isaac Voo, Naufal Azrin dan Meer Nash merupakan tiga bintang yang tersingkir di konsert Big Stage 5.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan minggu ini adalah Datuk Seri Rossa.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
#Tersingkir #Aina Abdul #Big Stage 5 #BIGSTAGE5 #Farhan Shah
;