Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Bijaknya! Elak Tersangkut Dalam Kesesakan Lalu Lintas, Wanita Ini Balik Kelantan Ikut Jalan Thailand

Izwan Isa 30/06/2023 | 06:50 MYT
Seorang pengguna platform media sosial TikTok berkongsi momen perjalanan pulang ke kampung halaman ke Kelantan dengan menggunakan laluan negara jiran, Thailand.
Rakaman berdurasi 36 saat yang dimuat naik oleh @mrspaus itu, dia memulakan perjalanan pulang dari Alor Setar, Kedah ke Sungai Golok, sempadan Kelantan dengan melalui Imigresen Durian Burung.
Beritahu wanita itu, durasi perjalanan menuju ke sempadan Sungai Golok, Kelantan itu mengambil masa selama tiga jam 30 minit sahaja dari sempadan Ban Prakop, Thailand.
BACA: Pertama Kali Sambut Raya Sebagai Suami, Ryan Bakery - "Merasalah Sangkut Jammed 11 Jam"
Tambahnya, aliran trafik lengang dan di sepanjang perjalanan terdapat pelbagai makanan menarik yang dijual.
Jelas wanita itu, selepas melalui sempadan Sungai Golok, perjalanan diteruskan dengan melalui Imigresen Rantau Panjang, Kelantan.
Rakaman berkenaan telah berjaya meraih lebih 400,000 tontonan dalam masa sehari selepas ia dimuat naik.
Rata-rata orang ramai tertarik dengan perkongsian wanita berkenaan.
Pengguna media sosial @LizzieMayuzy memaklumkan bahawa, dia turut menggunakan laluan sama untuk pulang ke kampung suaminya kerana tempoh perjalanan yang singkat.
Sementara itu, @Kayrul3677 berkata, perjalanan pulang menggunakan laluan negara jiran sememangnya dekat dan tidak perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.
Sumber: Sinar Harian
#Balik Kelantan #Jalan Thailand
;