Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Biji Tasbih Tersumbat Dalam Hidung, Anak PU Syed Dikejar Ke Hospital, Tapi...

ZULHILMI JALIL 22/09/2020 | 03:45 MYT
Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al-Yahya memberitahu bahawa anak perempuannya terpaksa dibawa ke hospital selepas sebiji tasbih kristal dimasukkan ke dalam hidungnya.
Menurut PU Syed, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.40 malam sebelum anaknya, Faathimah dibawa ke unit kecemasan sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak selepas cubaan mengeluarkan semula biji tasbih itu gagal.
"Anakanda Faathimah masukkan biji tasbih kristal dalam hidungnya. Jenuh kami usaha nak keluarkan, tapi tak berjaya.
"Terpaksa bawa ke unit kecemasan KPJ Ipoh. Bagaimanapun, doktor bertugas minta datang pagi ini untuk jumpa ENT (pakar telinga, hidung dan tekak). Terbang RM120 tanpa apa-apa selain jenguk sahaja," kongsinya menerusi satu entri di Instagram miliknya.
Bagaimanapun, menurut PU Syed, sejurus pulang ke rumah, dia kemudian berusaha sekali lagi untuk cuba mengeluarkan biji tasbih yang masih tersekat dalam hidung anak perempuannya itu.
"Bawa balik Faathimah, saya dan isteri usaha keluarkan juga dan alhamdulillah sedut punya sedut, pakai penyedut hingus, bukan vakum tu ya..korek sikit-sikit.
"Alhamdulillah akhirnya kami berjaya keluarkan sekitar jam hampir 12 malam. Alhamdulillah," kongsinya yang menceritakan semula detik cemas itu.
Dalam entri tersebut PU Syed turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan biji tasbih yang berjaya dikeluarkan dari hidung anaknya.
"Semoga jadi satu pengajaran dan pengalaman buat Faathimah dan kami, agar lebih berhati-hati," katanya.

Al kisah semalam dlm jam 10.40 mlm, anaknda faathimah masukkan biji tasbih kristal dlm hidungnya.. Jenuh kami usaha nak keluarkan, tapi tak berjaya. Terpaksa bawa ke unit kecemasan KPJ Ipoh. Tapi Dr bertugas minta dtg pagi ni utk jumpa pakar ENT. terbang RM 120 tanpa apa2 selain jenguk shj ? Bawa balik Faathimah, ambe dgn isteri usaha keluarkan juga dan alhamdulillah sedut punya sedut, (pakai penyedut hingus, bukan vacum tu yer..) korek sikit2, Alhamdulillah akhirnya kami berjaya keluarkan sekitar jam dekat² 12 mlm Alhamdulillah.. Semoga jadi satu pengajaran dan pengalaman buat Faathimah dan kami, agar lebih berhati²

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

#PU Syed #Hidung #Tasbih
;