Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hollywood

Bikini Bendera Jamaica Adele Cetus Kontroversi... Kononnya 'Cultural Appropriation'!

Amri Hassan 01/09/2020 | 08:29 MYT
Penyanyi Adele mencetuskan kontroversi apabila memakai bendera negara Jamaica sempena Karnival Notting Hill di London baru-baru ini.
Selain itu, Adele turut dikecam apabila mengikat rambutnya mengikut teknik Bantu yang asalnya terkenal dalam kalangan wanita Afrika.
Adele disifatkan kurang sensitif dan sengaja mengambil kesempatan terhadap budaya orang kulit hitam atau 'cultural appropriation' kerana penampilan tersebut.
Adele menerusi kapsyen di Instagramnya kecewa dengan pembatalan karnival tersebut gara-gara pandemik COVID-19.
"Selamat hari Karnival Notting Hill, London," tulisnya.

Happy what would be Notting Hill Carnival my beloved London ????

A post shared by Adele (@adele) on

Bagaimanapun, ada antara peminatnya yang mempertahankan tindakan Adele dan menganggap penyanyi lagu Hello itu hanya ingin menayangkan sosok tubuhnya yang kini sudah langsing.
Karnival Notting Hill meraikan komuniti kaum kulit hitam dan Caribbean yang menetap di United Kingdom.
;