Laman Utama

“Bila Berada Di Rom Ikutlah Cara Roman, Di Malaysia Kena Pakai Pelitup Muka!” - KJ

Fiza Kamarudin
28/10/2021
05:44 MYT
Sponsor Banner
“Bila Berada Di Rom Ikutlah Cara Roman, Di Malaysia Kena Pakai Pelitup Muka!” - KJ

Sejak semalam tular mengenai seorang pelancong asing wanita yang enggan mengenakan pelitup muka untuk memasuki sebuah butik terkemuka di Kuala Lumpur.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang telah menulis ciapan di laman sosial Twitternya.

Menerusi ciapan tersebut KJ meminta orang ramai termasuk pelancong asing untuk mengenakan pelitup muka ketika berada di mana-mana lokasi awam di Malaysia.

“Bila berada di Rome, ikut cara Roman, bila di Malaysia, tolong pakai pelitup muka tanpa mengira peraturan di tempat lain,” ciapnya.

WhatsApp-Image-2021-10-27-at-4.38.30-PM-1.jpeg

Pada masa sama, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat terkini daripada pihak pusat beli-belah terlibat berhubung kejadian itu.

Terdahulu warganet meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelancong asing wanita tersebut yang dilihat cuba mencabar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.

Rata-rata yang meluahkan rasa marah mahu wanita itu dicari dan dikenakan tindakan undang-undang.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar